Motosikal

BONNEVILLE STREET TWIN 2016

TRIUMPH Motorcycles memperkenalkan model Street Twin ke pasaran tempatan. Bonneville Street Twin dibawakan oleh Fast Bikes Sdn Bhd, pengedar rasmi motosikal Triumph di Malaysia.

Street-Twin-mekanika (3)

Berbanding model Bonneville baharu yang lain,  Street Twin menggunakan enjin baharu 900cc. Enjin berkenaan mampu menghasilkan kuasa 54bhp dan tork maksimum 80Nm @ 3,230rpm. Penghantaran kuasa dipadankan dengan transmisi 5-kelajuan bersama teknologi ride-by-wire.

Teknologi berkenaan membolehkan Street Twin memberikan pecutan agresif. Pada masa sama penjimatan bahan bakar sehingga 36 peratus berbanding sebelumnya.

Street-Twin-mekanika (6)

Selain menggunakan rangka baharu, model paling kontemporari dalam barisan Bonneville itu lebih ringan. Triumph berhasil mengurangkan berat jentera sebanyak 11kg. Menjadikan berat jentera 198kg.

Triumph juga meningkatkan saiz tayar belakang menjadi 150/70 bersama rim bersaiz 17. Sementara tayar  hadapan ialah 100/90 dengan rim 18 inci.

Street-Twin-mekanika (7)

Kesenian Street Twin diserlahkan dengan kemasan warna hitam dan kualiti kerja terperinci. Lampu belakang Street Twin didatangkan dengan jenis LED.

Bahagian meter bulat menggabungkan informasi digital dan analog. Ia merangkumi indikator posisi gear, odometer, tetapan dua trip perbatuan, indikator servis, had penggunaan dan baki bahan bakar, ABS serta waktu.

Street-Twin-mekanika (4)

Di bawah pelana tersedia soket USB untuk mengecas. Rekaan baharu ekzos keluli tahan karat pada kedudukan lebih atas tampil elegan. Ketika pendikit dipulas lebih laju, bunyi garang British Twin menarik perhatian pengguna lain.

Street-Twin-mekanika (2)

Menurut Ketua Pegawai Operasi Fast Bikes Sdn Bhd, Datuk Razak Al-Malique Hussain, Street Twin menerima ulasan positif daripada media pemotoran antarabangsa.

“Triumph Street Twin memiliki kekuatannya sendiri,” katanya.

Street-Twin-mekanika (5)

Street Twin ditawarkan dengan pilihan warna Jet Black, Phantom Black, Matte Black, perak dan merah. Sebagai standard Street Twin dilengkapi dengan ABS dan kawalan tarikan.

Pihak Triumph turut menawarkan 150 pilihan aksesori untuk Street Twin. Di samping kit kustom:  Inspiration Kit yang merangkumi Urban, Scrambler dan Brat Tracker.

Street-Twin-mekanika (1)

Model tersebut dijual pada harga RM55,900 seunit termasuk GST.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button