Artikel PilihanMotosikal

IRAQ BIKERS – TAK BOLEH SEMBANG PASAL POLITIK

Menyusuri lebuh raya di Baghdad, kumpulan penunggang motosikal yang dikenali sebagai “Irqa Bikers” bukan sekadar mahu menunjuk motosikal berkuasa tinggi dan jaket kulit. 

Tetapi mereka sebenarnya mempunyai impian lebih besar, berkongsi hasrat untuk membantu mengurangkan pergeseran di antara fahaman Syiah dan Sunni. 

Bergerak dalam satu kumpulan yang agak besar dengan hanya beberapa orang daripada mereka menunggang Harley-Davidson – jenama yang sukar didapati dan mahal di Iraq – sebahagian besar sudah berpuas hati apabila boleh menunggang motosikal yang diubah suai menjadi jentera ‘easy rider’. 

“Matlamat kami adalah untuk menjalin semangat setiakawan,” kata seorang kakitangan kerajaan, Bilal al-Bayati, 42, yang bertanggungjawab menubuhkan kelab Irqa Bikers pada tahun 2012. 

Bilal dan rakan-rakannya mahu mengubah imeh geng bermotosikal dan menggalakkan penyatuan selepas Iraq berdepan dengan masalah pergeseran fahamn sejak sekian lama. 

Sebab itulah peraturan pertama kelab motosikal itu – anda tidak boleh bersembang pasal politik. 

“Semua ahli memang dilarang daripada berbincang mengenai politik. Apabila ada yang berbual tentang politik, mereka akan ditegur sekali atau dua. Jika masih berdegil, mereka akan diminta keluar daripada Iraq Bikers. 

“Kami sudah muak untuk berdepan dengan tragedi ini (permusuhan) atau mengulanginya lagi,” kata Bayati ketika dia sedang melepak dengan ahli-ahli lain di sebuah cafe shisha.  

Memakai bandana berwarna hitam dan berjanggut, ketua kumpulan yang dikenali sebagai ‘Kapten’ kelihatan tidak jauh berbeza dengan geng motosikal berkuasa tinggi di Amerika Syarikat (AS). 

Walaupun gaya mereka diinpirasikan dari AS, misalnya topi keledar yang dihiasi lambang bintang dan jalur-jalur seperti bender AS, mereka turut mengibarkan bendera Iaq di bahagian belakang motosikal masing-masing.

Iraq Bikers kini mempunyai seramai 38 orang ahli lelaki yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, kelas sosial dan kepercayaan. Baru-baru ini, mereka mengambil bahagian dalam acara sambutan Hari Tentera. 

Ada di antara ahli merupakan askar, polis dan Pasukan Mobilisasi – sebuah kumpulan yang dianggotai oleh militia Syiah. Mereka berjuang untuk menumbangkan Kerajaan Islam di Iraq sejak tiga tahun lalu. 

“Kami seperti mini Iraq,” kata seorang ahli, Ahmed Haidar, 36, yang bekerja dengan sebuah agensi bantuan antarabangsa. 

Menunggang motosikal di Baghdad berbeza dengan berkonvoi i tempat lain. Mereka perlu memperlahankan jentera ketika melalui pusat pemeriksaan tentera di seluruh bandar yang berfungsi menghalang serangan bom kereta dan bunuh diri. 

Tidak ramai yang mampu membeli motosikal berkuasa tinggi. “Kami tidak mempunyai pengedar Harley-Davidson di sini. Jadi, kami hasilkan motosikal yang nampak hampir sama, tetapi jauh lebih murah” kata seorang mekanik, Kadhim Naji, pakar custom di sana. – Reuters

Google ads
Back to top button