Buletin

VW BAKAL BUKA PUSAT 4S TERBESAR DI MALAYSIA

Volkswagen Malaysia menjalin kerjasama dengan pihak Swire Motors apabila mengadakan majlis pecah tanah sebagai tanda bermulanya pembinaan bangunan Volkswagen Puchong Utara yang bakal menjadi kemudahan terbesar Volkswagen di Malaysia.

Volkswagen-Puchong-Utara-mekanika  (5)

Majlis pecah tanah itu dirasmikan oleh Pengarah Urusan Volkswagen Malaysia, Armin Keller and Pengurus Besar Swire Motors SEA, Eric Khoo. Acara tersebut merupakan komitmen yang signifikan kerana ia akan menjadi Pusat Servis Teknikal kedua terbesar di dalam negara.

Ia juga menjadi langkah utama yang diambil oleh Swire Motors kerana ini merupakan pelaburan pertama dalam pelan pengembangan pemotoran mereka di pasaran Malaysia.

Volkswagen-Puchong-Utara-mekanika  (1)

“Kami amat berbesar hati kerana Swire Group melihat Volkswagen sebagai satu prospek pelaburan di Malaysia. Langkah ini akan membantu pasaran tempatan dalam banyak cara – daripada peluang pekerjaan, sehinggalah mengembangkan industri automotif di Malaysia. Volkswagen Malaysia sangat teruja mengenai peluang pertumbuhan hasil daripada kerjasama ini,” jelas Keller.

Kerjasama rapat Swire Group dengan Volkswagen bermula di Taiwan lagi. Kini Swire Group komited hengembangkan hubungan perniagaan tersebut ke Malaysia.

Volkswagen-Puchong-Utara-mekanika  (2)

“Kami dapati pasaran ini cukup menarik kerana ia berkembang secara konsisten. Justeru, tidak sukar untuk kami menjalin kerjasama dengan jenama automotif Jerman yang ikonik ini,” kata Eric.

Swire Group berjanji untuk menawarkan pengalaman luar biasa kepada setiap pelanggan. Selain memastikan mereka menerima standard servis Swire Group dan Volkswagen yang terbaik.

Volkswagen-Puchong-Utara-mekanika  (6)

Bilik pameran 4S itu akan mempamerkan sehingga 16 model berbeza. Sementara bahagian Selepas Jualan pula akan mempunyai 25 ruang penyelenggaraan untuk memberi khidmat kepada pelanggan di kawasan selatan Lembah Klang.

Pusat Servis Teknikal itu bakal dilengkapi mesin-mesin selepas jualan yang paling komprehensif serta sepasukan juruteknik pakar bertauliah untuk menyempurnakan apa jua tugasan, daripada servis pantas hinggalah membaik pulih enjin sepenuhnya.

Volkswagen-Puchong-Utara-mekanika  (3)

Bengkel badan dan cat pula akan dipasang dengan peralatan terkini dan diselia oleh pekerja mahir. Ini bagi memastikan pelanggan mempunyai satu penyelesaian sehenti untuk semua keperluan selepas jualan mereka.

Pembinaan kemudahan Volkswagen Puchong Utara dijangka siap pada November 2015.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button