Buletin

MILIKI PROTON DENGAN KADAR FAEDAH 1.99%!

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

PROTON Holdings Berhad (Proton) kini mengadakan kempen “Lebih Banyak Nilai” yang memberikan tawaran menarik kepada para pelanggannya.

proton-iriz-studio-mekanika (6)

Kempen ini menawarkan jaminan lanjutan sehingga  tujuh tahun kepada kereta-kereta Proton terpilih, kadar faedah serendah 1.99 peratus untuk model Saga dan Iriz (terpilih), skim pembiayaan 100 peratus untuk kakitangan kerajaan, di samping tawaran hebat buat graduan dan pelajar institut pengajian tinggi serta banyak lagi.

Promosi ini berlangsung mulai sekarang hingga akhir Jun 2015 di semua bilik pameran Proton di seluruh negara.

SONY DSC

“Dengan bayaran hanya RM326 sebulan, anda kini boleh memiliki sebuah Iriz 1.3L,” kata Ketua Pegawai Eksekutif  Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah.

Proton merupakan satu-satunya pengilang OEM yang menawarkan jaminan lanjutan selama tujuh tahun. Selain tawaran-tawaran di atas, pelanggan juga boleh menikmati diskaun sehingga 26 peratus ke atas pakej servis model-model tertentu Proton.

Proton-service-centre-mekanika (2)

Maklumat lanjut mengenai promosi terkini dan tawaran pembiayaan, sila layari laman web: www.proton-edar.com.my

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button
Close