Buletin

WRC 2020 – ESAPEKKA LAPPI SAH SERTAI M-SPORT FORD

Pelumba Finland, Esapekka Lappi akhirnya menyertai pasukan M-Sport Ford dan akan mengetuai dua lagi pemandu muda pasukan Britain tersebut. Bekas pemandu pasukan Citroen yang berusia 28 tahun bakal mengetuai buat pertama Kali Teemu Suninen dan Gus Greensmith, masing – masing berusia 25 dan 23 tahun.

Esapekka Lappi pasti berasa lega kerana berjaya memenangi kerusi tempat duduk Fiesta WRC setelah beberapa nama seperti  Andreas Mikkelsen, Craig Breen dan Hayden Paddon turut dikaitkan dengan pasukan yang berpengkalan dari Britain. Kerusi kosong untuk pasukan M-Sport Ford susulan pemergian Elfyn Evans berpindah ke pasukan Toyota Gazoo Racing.

Ironinya Esapekka Lappi mula beraksi di pentas rali dengan memenangi Kejuaraan Rali Finland 2012 menyapu bersih tujuh pusingan dengan memandu Ford Fiesta S2000 bersama Juruarah Janne Ferm, juga dari Finland. Sudah tentu kembali memandu Ford pasti membuatkan beliau berasa teruja.

“M-Sport Ford mempunyai semangat dan keghairahan dalam berlumba rali dan pasukan ini mempunyai barisan pelumba yang cukup berbakat. Saya cukup gembira kerana kepercayaan yang diberikan dengan memberikan saya dan Janne Ferm peluang untuk membuktikan apa yang kami lakukan bagi musim 2020”, kata pelumba yang memulakan kerjaya WRC bersama Toyota Gazoo Racing ketika tahun 2017.

Tahun lalu prestasi Esapekka Lappi bersama Citroen dilihat kurang konsisten. Tapi sebenarnya beliau masih berupaya untuk menduduki Podium Kedua sebanyak tiga kali di Sweden, Turki dan juga di Finland sendiri. Tapi paling manis sudah tentulah ketika beliau berjaya memenangi Rali Finland pada 2017 ketika beliau baru sahaja menyertai WRC bersama Toyota Gazoo Racing.

Sebenarnya bercerita tentang pasukan M-Sport Ford musim ini, purata umur pemandu mereka adalah 25 tahun. Tampak begitu muda. Akan tetapi purata untuk umur para Jurutera mereka juga adalah 30 tahun. Dan bertambah menarik lagi umur Prinsipal Pasukan, Richard Millener baru mencecah 35 tahun.

Manakala rakan sepasukan Teemu Suninen meneruskan musim penuh buat kali ketiga setelah memulakan kerjaya bersama M-Sport Ford pada tahun 2017 dengan hanya memandu Ford Fiesta R5.

Seorang lagi pelumba Gus Greensmith adalah pelumba muda yang dinaikkan pangkat ke WRC setelah beraksi dalam WRC-2 Pro dengan memandu Fiesta R5. Untuk musim 2019, beliau berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan.

Walaupun pasukan M-Sport Ford ini tampak macam ‘cikai’, namun pasti mereka tetap tidak boleh dipandang ringan untuk memberikan cabaran WRC musim ini. Er, itu perkhabaran tentang dunia rali dunia. Berita rali tempatan MRC yang Brader Karrager dengar khabar pula paling cepat pun mungkin sekitar bulan Julai / Ogos nanti baru berlangsung. Sama sama kita doakan yang terbaik buat dunia rali tempatan.

BACA : BARU 4 KALI DALAM WWRC DAH MENANG RALI FINALND – ESAPEKKA LAPPI

BACA : CITROEN BAKAL MENINGGALKAN WRC. APA JADI DENGAN SEBASTIAN OGIER?

Google ads

B K

Back to top button