
WRC 2025 – ELFYN EVANS MENANG DENGAN PENUH DRAMA DI SAFARI RALLY KENYA
Pemandu pasukan Toyota Gazoo Racing Elfyn Evans akhirnya berjaya memenangi perlumbaan pusingan ketiga FIA World Rally Championship (WRC) yang cukup ekstrem dan mencabar di Safari Rally Kenya sekali gus mengukuhkan kedudukan beliau selaku pendahulu untuk kejuaraan WRC musim ini.
Elfyn Evans bersama Juruarah Scott Martin dengan memandu jentera Toyota GR Yaris Rally1 berjaya menewaskan musuh tradisi Ott Tanak yang memandu jentera Hyundai i20 N Rally1 spesifikasi lama dengan kelebihan 1 minit 9.9 saat sekali gus memberikan kemenangan kedua musim ini dan memberikan kelebihan pungutan selepas tamat tiga perlumbaan WRC musim ini.
Elfyn Evans tiba di Afrika dengan momentum yang cukup baik berikutan kemenangan di Sweden dan naib juara di Rallye Monte-Carlo. Kini, dengan kelebihan 36 mata di puncak kedudukan pemandu, pelumba berasal dari Wales itu telah berjaya memberikan sedikit kelebihan dari segi pungutan mata dan psikologi untuk memburu tahta WRC musim ini setelah tamat tiga pusingan berbanding 14 pusingan musim ini.

Kejayaan Elfyn Evans di Safari Rally Kenya bermula di Nairobi sehingga empat hari mengembara sehingga ke Great Rift Valley dengan laluan yang cukup mencabar, dengan laluan dipenuhi lumpur dan debu untuk mencabar setiap jentera yang beraksi. Tapi paling menarik kehadiran pengunjung juga bertambah sehingga ke 250,000 penonton yang hadir sepanjang laluan untuk memberikan sokongan.
Kejayaan Elfyn Evans di Safari Rally Kenya ini memberikan beliau penghormatan yang serupa dengan pelumba dari British lain yang telah berjaya menakluknya seperti Colin McRae dan Richard Burns.
Sementara itu Ott Tanak yang cemerlang di awal perlumbaan namun sempat menghadapi masalah dengan driveshaft yang patah dan cuba untuk mengejar Elfyn Evans namun gagal.

Mengiringi Ott Tanak di podium terakhir adalah rakan sepasukan Thierry Neuville dengan ketinggalan 2 minit 22.1 saat. Drama juga melanda Juara WRC 2024 tersebut apabila dikenakan penalti satu minit akibat kelewatan menukar kotak gear diikuti penalti berikutnya akibat penggunaan jump start dan tiba lewat di garisan permulaan akibat kerja pembaikan terhadap sistem penyejukan pada hari Sabtu.
Pun begitu nasib malang sebenarnya menimpa pasukan Toyota Gazoo Racing di sini apabila Kalle Rovanpera turun daripada kedudukan kedua ke tempat kelima apabila mengalami masalah dengan sistem suspensi belakang masalah mekanikal sehingga terpaksa bersara dan Takamoto Katsuta pula mengalami jentera yang berguling ketika peringkat akhir perlumbaan.
Kredit Foto : WRC
BACA : WRC 2025 – KEMENANGAN DRAMATIK UNTUK ELFYN EVANS DI RALLY SWEDEN
BACA : WRC 2025 – SEBASTIEN OGIER CEMERLANG DI TEMPAT SENDIRI RALLYE MONTE-CARLO