Buletin

IM6 DEBUT DI MALAYSIA, TAWAR JARAK GERAK SEHINGGA 600KM

KLIMS 2026 menjadi pentas pertama buat jenama premium baharu SAIC Motor, IM (Intelligence in Motion), diperkenalkan kepada pasaran Malaysia.

Kehadiran jenama ini memberi gambaran jelas tentang hala tuju SAIC dalam segmen mobiliti premium berasaskan teknologi pintar dan elektrifikasi moden.

Antara model yang paling mencuri perhatian ialah IM6, sebuah SUV elektrik sepenuhnya dalam segmen D yang mengetengahkan gabungan reka bentuk futuristik, teknologi canggih dan pengalaman pemanduan premium.

Kemunculan model ini dilihat sebagai langkah penting SAIC Motor Malaysia dalam memperluaskan penawaran mereka daripada kenderaan konvensional kepada mobiliti elektrik generasi baharu yang lebih mewah dan berteknologi tinggi.

Ruang dalaman IM6 turut menampilkan sentuhan premium menerusi bumbung kaca panoramik, kemasan tempat duduk berinspirasikan kulit lembut serta pelbagai fungsi pintar yang direka bagi meningkatkan pengalaman pengguna sepanjang perjalanan.

Spesifikasi utama IM6:

  • SUV elektrik sepenuhnya segmen D
  • Panjang: 4,904mm
  • Lebar: 1,988mm
  • Jarak pemanduan sehingga 600km (WLTP)
  • Kuasa maksimum: 572kW
  • Tork maksimum: 802Nm
  • Dilengkapi bumbung kaca panoramik
  • Tempat duduk dengan kemasan berinspirasikan kulit premium
  • Menampilkan pelbagai teknologi pintar untuk keselesaan dan kemudahan pengguna

Selain IM6 dan MG ZS yang menjadi antara tarikan utama di reruai SAIC Motor Malaysia, pengunjung turut berpeluang melihat beberapa model lain seperti MG HS Hybrid+, MG QS, MGS5 EV serta roadster elektrik Cyberster.

Sepanjang berlangsungnya KLIMS 2026, SAIC Motor Malaysia turut menawarkan promosi khas untuk MGS5 EV.

Pelanggan yang membuat tempahan model tersebut layak menerima rebat segera RM7,000, pengecas Wall Box 7kW percuma bernilai RM2,000 serta kredit pengecasan tambahan RM1,000. MGS5 EV ditawarkan pada harga bermula RM116,900.

Google ads
Back to top button