
SMART #5 TAMPIL DENGAN AKSESORI KHAS DI KLIMS 2026 – TAWAR OUTDOOR DAN ADVENTURE PACK
smart Malaysia mengetengahkan kemampuan smart #5 di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 menerusi sebuah pameran berkonsep gaya hidup yang menampilkan SUV elektrik itu sebagai teman ideal untuk pemanduan bandar dan aktiviti luar.
Sebagai model flagship dalam rangkaian smart, smart #5 hadir dengan rekaan lebih berani, ruang kabin luas dan keupayaan mobiliti elektrik yang sesuai untuk pelbagai jenis penggunaan.
Di KLIMS 2026, pengunjung boleh melihat sendiri smart #5 lengkap dengan aksesori khas yang direka untuk meningkatkan praktikaliti dan karakter lasak SUV ini.
Antara aksesori utama yang diperkenalkan termasuk roof carrier yang menawarkan ruang tambahan untuk membawa barangan ketika bercuti atau aktiviti outdoor.

Turut disediakan ialah side bag bagi memudahkan penyimpanan tambahan, selain side ladder yang bukan sahaja meningkatkan aksesibiliti malah memberi imej lebih rugged kepada smart #5.
Keupayaan smart #5 sebagai SUV EV untuk perjalanan jauh turut menjadi fokus utama pameran kali ini.
Varian Premium menawarkan jarak pemanduan sehingga 590 km, manakala varian BRABUS pula mampu mencapai sehingga 540 km.
Satu lagi ciri menarik ialah Camping Mode yang membolehkan kabin smart #5 digunakan sebagai ruang rehat ketika berkhemah atau bermalam sepanjang pengembaraan.
Fungsi ini menjadikan SUV tersebut lebih praktikal untuk pemilik yang gemar aktiviti luar.
Dari aspek hiburan dan keselesaan, smart #5 dilengkapi sistem audio premium Sennheiser yang direka untuk memberikan pengalaman audio lebih imersif sepanjang perjalanan.
Selain itu, kabin smart #5 turut menampilkan gabungan teknologi pintar dan suasana premium yang selesa untuk pemanduan jarak jauh.
Berikut ialah harga rasmi smart #5 di Malaysia:
• smart #5 Premium – RM209,800
• smart #5 BRABUS – RM259,800
smart turut menawarkan Outdoor Pack yang dipamerkan di KLIMS pada harga pakej istimewa berbanding pembelian aksesori secara berasingan.
Bagi pelanggan yang mahukan pilihan lebih ringkas, Adventure Pack turut disediakan dengan penggunaan roof rail sebagai alternatif kepada roof carrier.
Untuk pilihan personalisasi lebih luas, smart menyediakan sembilan aksesori asli bagi smart #5:
• Side Bag
• Side Ladder
• Roof Carrier
• Roof Rails
• TPE Frunk Mat (BRABUS)
• TPE Frunk Mat (Premium)
• TPE Trunk Mat
• TPE Floor Mat
• Luggage Net
Pengunjung KLIMS 2026 boleh melihat sendiri smart #5 yang dipadankan dengan aksesori lengkap ini, selain mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej pemilikan, aksesori tambahan dan promosi khas yang ditawarkan sepanjang pameran berlangsung.
- BACA: TEMPAHAN HYUNDAI STARGAZER DIBUKA – JANA 115PS, ANGGARAN HARGA BERMULA RM99K
- BACA: YAMAHA MX KING 150 EDISI PRAMAC RACING LANCAR DI INDONESIA – HANYA 2,000 UNIT
- BACA: 70MAI LANCAR DASH CAM A810 LITE 4K – HARGA MULA RM339
- BACA: Mazda CX-60 3.3G AWD DILANCAR – 3.3L TURBO 6 SILINDER MHEV. RM 252K









