Buletin

YAMAHA MALAYSIA PANGGIL SEMULA R25 DAN XMAX UNTUK PEMBAIKAN

Hong Leong Yamaha Motors Malaysia hari ini telah mengeluarkan satu notis panggil balik pada dua model keluaran mereka iaitu YZF-R25 dan XMAX.

Ia berikutan satu pengumuman yang dibuat oleh Yamaha Motor Jepun berikutan masalah yang dikesan pada bahagian lever brek bagi kedua-dua model tersebut.

Berikut adalah senarai nombor chasis bagi motosikal yang terlibat.

Proses penggantian bahagian ini akan dilakukan mengikut wilayah negeri dan akan dibuat secara berperingkat.

Jika motosikal anda terbabit dalam pembaikan ini, jangan risau kerana HLYM akan menggantikannya secara percuma. Apa yang perlu dilakukan ialah pastikan anda menerima notis rasmi daripada HLYM dan kemudian lawati pengedar sah Yamaha untuk temujanji penggantian bahagian tersebut.

Motosikal yang terlibat boleh diperbaiki bermula pertengahan Jun dengan ketersediaan komponen di pengedar Yamaha yang dilantik.

Google ads
Back to top button