BuletinMotosikalSpyshot

LAGI YAMAHA R15 V3 DITEMUI SEDANG DIUJI, PETANDA PELANCARANNYA SEMAKIN HAMPIR

Jadi, apakah yang yang anda jangka akan diperkenalkan oleh Hong Leong Yamaha Malaysia dalam masa terdekat? Ini. Yamaha YZF-R15 2017 atau model yang dikenali dengan nama R15-V3.

Salah seorang pembaca kami, FARHAN IKRAM menghantar foto ini yang berjaya beliau rakamkan ketika motosikal ini sedang diuji di lebuhraya. melihat kepada sosok tubuh yang tidak dibalut pelekat penyamaran, ia jelas sebuah Yamaha R15. Lebih tepat lagi R15 terbaru yang dikenali dengan R15 V3.

BACA: SPESIFIKASI YAMAHA R25 2018

Sejak diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2008, R15 adalah varian keluarga “R” terkecil dengan enjin selinder tunggal empat lejang. Kemudian, ia dinaiktaraf pada 2014 bagi versi V2 dan pada januari lalu versi ketiga (V3) menemui peminatnya di Indonesia dengan gaya yang lebih mengancam.

Lebih sofistikated berbanding abang-abangnya yang lain seperti R25 dan R3. R15 V3 ini adalah yang pertama dalam keluarga kecil yang menggunakan suspensi teleskopik USD di hadapan. Model terbarunya juga dilengkapi dengan teknologi kepala selinder VVA (sama seperti NVX).

Ia juga didatangkan dengan lampu jenis LED depan dan belakang, panel instrumentasi digital dengan LED dengan indikator penukaran gear, tayar yang lebih lebar dan rekaan baru yang cukup sporty.

R15 yang mewarisi DNA model supersports YZF-R1 itu dibina dengan peningkatan dari segi prestasinya. Jentera tersebut juga popular kerana penampilannya yang garang dan sporty.

Sejak beberapa bulan lepas, R15 kerap ditemui sedang diuji dan sumber kami memberitahu motosikal ini memang akan masuk ke pasaran tempatan. Ia dijangkakan pada awal tahun hadapan.

Berapa anda jangkakan harganya? Di Indonesia R15 akan dijual pada harga 34.5 juta rupiah atau kira-kira RM11,500 seunit. kami menjangkakan ia akan dijual sekitar RM12,000 ke RM13,000.

Apa kata anda?

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”113″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]

 

Google ads
Back to top button