Buletin

MERCEDES-AMG E 63 S 4MATIC+ – RM998,888 SEUNIT!

Sempena sembutan ulang tahun Mercedes-AMG yang ke-50 dan perlumbaan terakhir Formula 1 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Mercedes-Benz Malaysia telah memperkenalkan model E 63 S 4MATIC+.

Model V8 twin-turbo paling berkuasa dalam segmennya itu merupakan penambahan terbaharu ke dalam Mercedes-Benz Dream Car Collection.

Generasi terkini E 63 S 4MATIC+ itu menyaksikan Mercedes-AMG memperkenalkan beberapa naik taraf. Ia merangkumi aspek reka bentuk, rangkaian kuasa, sistem infotaimen dan ketersambungan multimedia terkini.

Penampilan luaran

Buat pertama kalinya pada saloon AMG, inset bonet disepadukan di antara wings dan bampar seperti sebuah coupe. Jentera ini juga 27mm lebih lebar dan dipasang dengan rim tempaan AMG cross-spoke bersaiz 20 inci.

Gril radiator baru, topang vertical berwarna hitam dan emblem AMG menyerlahkan rupanya yang garang. Jentera ini juga didatangkan dengan teknologi penyejukan yang sofistikated.

Prestasi luar biasa

E 63 S 4MATIC+ dikuasakan oleh enjin V8 biturbo dengan pengecas turbo twin-scroll bersesaran 4.0 liter. Ia mampu menjana kuasa mencecah 612hp dan tork 850Nm. Ini menjadikannya enjin paling berkuasa pernah dipasang pada sebuah E-Class.

Kuasa itu kemudian disalurkan ke sistem pacuan semua roda yang baru, AMG Performance 4MATIC+ menerusi menerusi kotak gear AMG SPEEDSHIFT MCT 9-kelajuan.

Gabungan tersebut membolehkan sedan itu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 3.4 saat sahaja. Manakala pecutan maksimum dihadkan kepada 300km/j untuk pakej AMG Driver.

Pemandu juga ditawarkan dengan program pemanduan AMG DYNAMIC SELECT yang terdiri daripada mode Comfort, Sport, Sport Plus dan Individual.

Mode pemanduan ini mengubah parameter penting seperti maklum balas enjin, transmisi, suspensi, stereng dan sistem pacuan semua roda.

Ruang kabin

Ruang dalaman kini tampil lebih sporty dengan bahagian bawah stereng diratakan, logo AMG dan banyak lago. Tempat duduknya menggunakan upholsteri kulit Nappa dan gentian mikro DINAMIKA. Manakala jam analog yang direka oleh IWC meningkatkan lagi kemewahannya.

Paparan multi fungsi bersama dua monitor ialah peralatan standard untuk E 63 S 4MATIC+. Ditawarkan dalam tempoh terhad, E 63 S 4MATIC+ “Edition 1” dilihat sangat eksklusif untuk mereka yang mahukan lebih personalisasi.

 Spesifikasi ringkas Mercedes-AMG E 63 S 4MATIC+:

Model Mercedes-AMG E 63 S 4MATIC+
Enjin 4.0-liter V8 dengan pengecas turbo berkembar dan pancitan bahan api terus
Sesaran 3,982cc
Kuasa 612hp (450kW ) pada 5,750 – 6,500rpm
Tork punca 850Nm pada 2,500 – 4,500rpm
Sistem pacuan Pacuan semua roda sepenuh masa AMG Performance 4MATIC+ dengan agihan tork boleh ubah dan mode drift
Transmisi AMG SPEEDSHIFT MCT 9-kelajuan sports
Penggunaan bahan api (gabungan)  9.1 – 8.8L/100km
Emisi CO2 (gabungan) 207 – 199 g/km
Kelas D
Berat (DIN/EC) 1.880*/1.955 kg **
Pecutan 0–100km/j 3.4 saat
Pecutan maksimum 250km/j (dihadkan secara elektronik pada 300km/j dengan pakej AMG Driver)
Harga (OTR tanpa insurans)

*termasuk GST

bermula RM 998,888

Pelanggan boleh mendapatkan pinjaman dan insurans daripada Benz Financial. Selain itu, mana-mana produk Mercedes-Benz Motor Insurance boleh dibiayai bersama kereta tersebut.

Pelanggan akan menikmati perlindungan komprehensif termasuklah servis menunda sehingga RM400, kelulusan tuntutan sehingga RM30,000 yang pantas.

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button