Modifikasi

RIM AFTERMARKET ISTIMEWA DIHASILKAN KHUSUS UNTUK CIVIC TYPE R TERBARU

Honda Civic Type R baru bukan hanya cukup kompetitif dan bertenaga tetapi ia juga merupakan antara model yang mempunyai gaya paling agresif dalam kelasnya. Ramai peminat Type R sukakan originaliti tetapi ada juga yang suka menaik taraf kenderaan mereka dengan aksesori aftermarket jika kena dengan gaya (dan mempunyai modal RM yang besar).

Masalahnya kebanyakan aksesori aftermarket seperti sport rim memang kelihatan agak janggal dilengkapkan pada sebuah model Type R. Mungkin sebab itulah tidak ramai yang gemar menukar rim asal mereka kepada rim aftermarket lain. Pilihan yang ada juga agak terhad.

Jika anda sudah merancang untuk mendapatkan Honda Civic Type R terbaru (FK8R ye tuan-tuan, bukan FK2R) dan ingin mengenakan sedikit sentuhan peribadi agar kelihatan lain dari yang lain, jangan bimbang kerana kini ada syarikat yang menawarkan sport rim khusus untuk Civic Type R terbaru.

Syarikat yang dimaksudkan ialah Vossen di mana mereka telah menghasilkan sport rim aftermarket khusus untuk Honda Civic Type R 2018. Ia merupakan sebahagian daripada sport rim siri VFS mereka dan boleh didapati dalam dua kemasan, Silver Metallic dan Gloss Graphite. Kedua-duanya bersaiz 20 inci.

BACA: MALANG SUNGGUH – BARU DIPANDU 243KM DAN CIVIC TYPE R INI TERLIBAT DALAM KEMALANGAN

Harga yang dipinta oleh Vossen untuk sport rim ini ialah sekitar RM11,000 di Amerika Syarikat. Itu belum termasuk cukai jika dieksport ke Malaysia. Tapi jika anda mampu mendapatkan sebuah Civic Type R terbaru rasanya kos sebanyak ini bukanlah satu masalah. Lainlah kalau anda menggunakan Alza Type R ataupun Wira Aeroback Type R. Tak dapek la den nak nolong.

Sebagai meraikan rim-rim keluaran baru ini, Vossen telah melengkapkan rim-rim baru ini pada dua buah Civic Type R terbaru dan ‘melepaskan’nya meronda di sekitar bandaraya pada waktu malam sebagai satu cara promosi.

Bukan hanya gambar, videonya sekali turut disertakan untuk menunjukkan betapa sejuk (cool) rim ini kelihatan bila dipasang pada Civic Type R model terbaru. Punyalah baru Type R ni sampai minyak hitam pun tak pernah tukar lagi kereta ni.

Google ads
Back to top button