Artikel Pilihan

YOUTUBER INI KURANG KASIH SAYANG, CUBA JAHANAMKAN TOYOTA HILUX

Toyota Hilux merupakan sebuah trak komersial seberat 1 tan yang dihasilkan oleh Toyota sewaktu negara Jepun berusaha bangkit semula selepas hancur dalam perang dunia ke 2. Disebabkan saiz dan beratnya, ia tidak memerlukan lesen kenderaan perdangangan bagi memandu Hilux.

Pemandu hanya perlu memiliki lesen memandu biasa digabungkan lagi dengan ruang belakang yang berupaya membawa beban sehingga 1 tan menjadikan Hilux pilihan yang popular di serata dunia daripada Afrika, Eropah, Asi Tenggara dan juga Australia. Malah anatara yang sering diperkatakan ialah reputasi Hilux yang tahan lasa.

Namun ia tidak menghalang beberapa selebriti seperti Jeremy Clarkson yang cuba menjahanamkan Hilux dengan membiarkan Hilux dalam banjir, membakarnya, meletakkan Hilux dalam bangunan yang sedang runtuh dan pelbagai benda merepek yang dicuba oleh Jeremy. Namun Hilux model lama itu boleh hidup dengan mudah dan seakan tidak mahu mati

Tapi bagaimana pula dengan Toyota Hilux generasi ke 8 yang terbaru? Adakah ia tahan lasak seperti Hilux generasi yang lama? Persoalan ini cuba dijawab oleh seorang Youtube iaitu WhistlinDiesel yang mencuba pelbagai kaedah merapu bagi menjahanamkan Hilux generasi ke 8

Namun selepas beberapa kali mencuba dengan kaedah seperti orang gila yang cuba membuat PRU dalam banjir, WhistlinDiesel hanya berjaya mematahkan perehat tangan, mencabut lampu kabin, memecahakan unit Multimedia, dan juga jeriji bawah bampar depan.

Malah selepas melompat-lompat di atas tailgate belakang bersama-sama 2 rakannya, tailgate tersebut tidak patah dan masih boleh digunakan seperti biasa. Pintu pula walaupun dihempas berpuluh kali dengan kuat, masih boleh beroperasi seperti biasa melainkan menghasilkan bunyi seolah-olah ada benda yang longgar.

Pemegang tangan di bahagian pemandu pula tidak tercabut atau terbuka walupun Youtuber ini bergayut pada komponen ini. Semua suis sistem penyaman udara dan sistem 4×4 masih boleh beroperasi walaupun telah diterajang berkali-kali bagaikan tiada apa-apa yang berlaku

Malah lebih menarik Hilux ini berjaya mengalahkan Lamborghini dalam perlumbaan di atas rumput sebanyak 5 kali. Sebenanrnya ini bukan kali pertama WhistlinDiesel cuba menjahanamkan Toyota Hilux kerana pada tahun 2021 dia cuba menjahanamkan sebuah lagi Hilux lama di video INI

Cuma kesian jugak tengok cara Youtuber berhibur atau mungkin dia ada masalah mental sejak kecil disebabkan kurang kasih sayang dari ibubapa

Google ads
Back to top button