Buletin

KBS RALLY SPRINT RD 1 – SALADIN MAZLAN MENANG DENGAN BERGAYA

Hujung minggu yang lalu telah berlangsungnya perlumbaan KBS Rally Sprint 2022 Rd. 1 di perkarangan parkir Litar Sepang dengan dimenangi oleh pelumba rali otai negara, Saladin Mazlan. Perlumbana KBS Rally Sprint ini berlangsung bersempena dengan Hari Sukan Negara 2022.

Penyertaan yang diterima cukup untuk membuatkan acara Rally Sprint ini cukup menarik untuk ditonton apabila ada beberapa nama besar sukan rali turut serta seperti Saladin Mazlan, Dato Hanif Borhan dan juga Faidzal Alang. Bertambah menarik lagi apabila bukan hanya jentera rali yang turut menyertai perlumbaan kali ini, malah terdapat juga kereta trek yang turut serta KBS Rally Sprint ini. Dan paling penting, perlumbaan ini turut mendapat pengiktirafan KBS. Malah kehadiran wakil KBS yang kelihatan turut teruja menyaksikan acara sukan rali dari dekat.

Tapi yang paling teruja sudah tentulah Roduwan Rashid @ Chepot selaku orang kuat penganjuran acara ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada beliau dan rakan rakan seperti Henzee, Zaidi Tajudin dan juga Nik Ammar yang bekerja keras untuk memastikan acara ini berlangsung dengan jaya. Ternyata keputusan Chepot untuk mengundang Juruhebah permotoran terkemuka dewasa ini, Encik Bob menyerikan suasana tampak menjadi dengan celoteh bersahaja beliau.

Malam sebelumnya hujan turun dengan lebat malah membawa sehingga ke pagi hari perlumbaan. Mujurlah laluan trek hanya membabitkan permukaan tarmac sahaja. Pun begitu, ianya tetap akan sedikit memberikan kesan licin kepada tayar yang digunakan. Masuk ke perlumbaan ketiga, barulah keadaan trek mula kering.

Sepatutnya ada 15 jentera yang bakal beraksi memulakan saingan namun hanya disertai dengan 13 jentera sahaja apabila dimaklumkan ada yang mengalami masalah enjin pecah. Maka bermulalah dengan 13 jentera sahaja.

Paling mencuri tumpuan sudah tentu sebuah jentera yang nampak macam kereta Mini tapi bukan yang dipandu oleh Saladin Mazlan. Menarik untuk menyaksikan Saladin Mazlan kembali beraksi dalam dunia rali tempatan setelah beberapa ketika hilang dalam dunia rali. Jentera yang digelar DEUS Mini ini ternyata cukup lincah di atas trek tarmac ini. Jenis cepat masuk dan keluar selekoh. Hasil gabungan kehandalan Saladin + jentera yang power ini selayaknya menjadikan ianya sebagai Juara keseluruhan KBS Rally Sprint 2022 Rd. 1 kali ini.

Tempat kedua keseluruhan pula menjadi milik Dato Haniff Borhan yang memandu jentera Subaru Impreza. Agak menarik untuk menyaksikan jentera Impreza ini dengan penaja yang sentiasa mencari kebenaran di kala ini, Scrut. Malah pasukan HB-LMC Rally Team turut hadir dengan dua lagi jentera rali, Mitsubishi Evo dan juga Suzuki Swift. Keputusan yang memberangsangkan turut dicatat apabila Faidzal Alang berada di tempat keempat keseluruhan.

Mencuri tumpuan di tempat ketiga adalah sebuah kereta trek, Proton Saga. Yang ini pun betul punya laju dia pergi. Macam lipas kudung. Setidaknya objektif penganjur untuk mencari muka baharu dalam sukan rali tercapai. Yang pasti objektik dan matlamat penganjur telah tercapai.

Tempat kelima keseluruhan pula menjadi milik Shah Bandi dari pasukan Carlead Motorsport yang memandu jentera Subaru GC8 berwarna kelabu.

Tahniah kepada penganjur, peserta dan juga penonton yang hadir memeriahkan suasana. Menurut Chepot, sepatutnya pusingan kedua bakal berlangsung pada November nanti. Kita tungguuuuuu!

BACA : MITSUBISHI XPANDER AP4 JUARAI MEIKARTA SPRINT RALLY 2020

BACA : RALLY SPRINT 2022 SIRI 1 – BAKAT BAHARU PUN BOLEH TURUT SERTA. AJOOMMMM!

Google ads

B K

Back to top button