BuletinMotosikal

ZARCO: SAYA BERASA SEDIH…SEDIH KERANA PERLAHAN…

Johann Zarco nampaknya masih bergelut selepas pusingan kelayakan MotoGP di Litar Amerika. Pelumba Perancis itu mengakui dia berasa “sedih – sedih, menjadi lambat dan masih berjuang dengan jentera barunya.”

Pusingan ketiga tahun 2019 telah menjadi satu lagi hujung minggu yang sukar untuk juara dunia Moto2 itu. Ketika litar hujan pagi hari Sabtu mengurangkan cengkaman bahagian hadapan dan meninggalkan Zarco jauh di belakang.

Zarco menyatakan dia dan KTM “perlu menunggu sedikit masa” sebelum keadaan bertambah baik, merujuk bahagian baru yang mungkin datang pada ujian Jerez pada awal Mei.

Tanda-tanda kemajuan kecil yang datang pada ujian pra musim mungkin membuahkan hasil. Sabtu merupakan hari yang sukar, apabila Zarco mengakui dia “telah membuat beberapa langkah penyesuaian.”

“Saya berasa sedih,” kata Zarco. “Sedih bila anda perlahan dan terus berjuang dengan jentera ini. Buat masa ini, ia adalah saat yang sukar. Kami tahu apa masalahnya, tetapi kami tidak boleh buat apa-apa dan saya perlu menunggu sedikit masa.

“Ia agak rumit untuk memahami perkara ini, bagaimana untuk menjadikannya lebih baik.”

Perasaan Zarco bertambah tertekan oleh rakan sepasukan Pol Espargaro yang berjaya di tempat kelima di grid, keputusan kelayakan KTM
terbaik setakat ini dalam kelas MotoGP.

“Saya tidak tahu di Jerez apa yang akan saya ada, tetapi dari ujian di Jerez kita akan memulakan kerja pembangunan sebenar.”

Apa masalahnya?

“Kurang kawalan di selekoh,” kata Zarco. “Apabila saya mahu masuk ke selekoh, ia akan pergi lurus dan itu adalah masalah terbesar.”

Google ads
Back to top button