Motosikal

WMOTO GRIFFIN 205 TIBA DI PENGEDAR – 19.4HP, RM8,888

MForce Bike Holdings dengan rasminya mengumumkan ketibaan WMoto Griffin 205 di pengedar rasmi seluruh negara ketika perasmian MForce Smartshop Kedai Motor Yoon Loi di Pusing, Perak, pada Ahad. 

Skuter bersesaran 200cc itu secara rasminya tiba di pusat pameran rasmi MForce selepas pelancaran di Malaysia Bike Show 2026 dengan harga jualan RM8,888. 

Atas kertas, Griffin 205 ini dikuasakan enjin satu silinder 198.8cc dengan sistem penyejuken cecair yang berupaya menjana 19.4hp pada 8,250rpm dan 17.4Nm pada 6,250rpm. Kuasa disalurkan menerusi transmisi CVT. 

Menariknya, walaupun enjin lebih besar dari SYM Husky 200 namun, skuter ini hanyalah seberat 126kg dan menawarkan ketinggian tempat duduk 790mm. 

Antara kelengkapan ditawarkan termasuk ABS depan dan belakang, traction control (TCS), tangki bahan api berkapasiti 11L, fork teleksopik depan dan absorber berkembar belakang masing-masing dengan jarak gerak 75mm dan 60mm. 

Selain itu, skuter ini juga menawarkan meter TFT secara standard. 

Bagi pasaran tempatan, Griffin 205 ini akan bersaing dengan QJMotor AX200S, SYM Husky 200, Honda Vario 160 dan Yamaha NVX 155 SP. 

Google ads
Back to top button