Motosikal

SENKE SK400-KG TIBA DI MALAYSIA – 35.7HP, RM21,800

SENKE menerusi pengedar rasmi MZM Bikes dengan rasminya memperkenalkan model pertama jenama itu di Malaysia menerusi model SENKE SK400-KG. 

Motosikal naked gaya retro moden itu merupakan model serba baharu untuk pasaran tempatan dan boleh diapati dengan harga jualan RM21,800. 

Menggerakan SK400-KG adalah enjin parallel-twin 378cc 8-valve yang berupaya menjana 35.7hp pada 9,000rpm dan 35Nm pada 6,500rpm. Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan.

Meskipun sebuah motosikal naked retro, SK400-KG ini dilengkapi dengan tangki bahan api berkapasiti 19.5L sekaligus menawarkan jarak gerak yang tinggi bagi setiap isian penuh. 

Atas kertas, SENKE mendakwa bahawa SK400-KG ini mampu mencapai kelajuan maksima sekitar 146km/j. 

Motosikal ini turut dilengkapi dengan paparan meter digital, selain dual-channel ABS dari Bosch yang dipadankan bersama cakera tunggal 300mm depan dan 240mm belakang. 

Berat keseluruhan model ini adalah 187kg sementara ketinggian tempat duduk pula diletakkan pada 790mm dengan jarak kelegaan tanah 220mm. 

Bagi pasaran tempatan, SENKE SK400-KG ini ditawarkan dengan dua warna pilihan; Silver dan Grey. 

GALERI: SENKE SK400-KG

Google ads
Back to top button