
MOTOGP AUSTIN 2019: KEMENANGAN PERTAMA SUZUKI SEJAK 2016
Perlumbaan MotoGP di Austin, Amerika Syarikat ini menyaksikan kemenangan pertama penunggang Suzuki Alex Rins dalam persaingan MotoGP beliau dan juga merupakan kemenangan pertama Suzuki sejak tahun 2016. 3 tahun tu, jauh lagi lama dari Yamaha. Tapi siapalah Suzuki kalau nak banding dengan Yamaha kan? Kejayaan Rins itu hadir selepas beliau berjaya memotong lagenda MotoGP Valentino Rossi walaupun terpaksa bersaing sengit untuk seketika.
Dengan sedihnya juga kami terpaksa melaporkan juara dunia 5 kali, Marc Marquez terpaksa melupakan podium kali ini kerana terjatuh walaupun pada satu ketika mendahului dengan catatan masa 3.6 saat dengan pelumba tempat kedua. Marquez terjatuh selepas tayar hadapan jentera beliau gagal dikawal pada penghujung garisan lurus sekaligus memusnahkan harapan untuk mencatat kejuaraan di COTA untuk kali ke tujuh berturut-turut.

Rossi kemudian mengambil tempat Marquez sebagai pendahulu sebelum terpaksa menyerahkannya kepada Rins ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan. Baik Rossi ni, sampaikan Abang Japar yang turut memiliki Y suku edisi bintang filem turut merasa bangga.
Kejutan turut dilakukan oleh Jack Miller dari pasukan Pramac Ducati bila berjaya menaiki podium di tempat ketiga buat kali pertama dalam suasana litar kering. Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso yang mencipta sensasi dengan aksesori pintar berkuasa luar biasa pula membuktikan kehebatan beliau dengan berada pada kedududam keempat walaupun memulakan perlumbaan di petak ke-13.

Maverick Vinales dan Joan Mir dikenakan penalti Jump-Start manakala Cal Crutchlow terjatuh sewaktu cuba memberi tekanan kepada Rossi untuk merebut tempat kedua pada peringkat awal perlumbaan.
Seorang lagi pelumba Repsol Honda, Jorge Lorenzo juga terpaksa bersara dari perlumbaan akibat masalah teknikal. Kemungkinan besar ia disebabkan oleh rantai jentera Honda RC213V beliau yang asyik terkeluar dari spoket (haih dan macam perlumbaan level amatur pulak kan?).
Pelumba-pelumba Petronas Yamaha SRT meneruskan rentak cemerlang dengan kedudukan di tempat ke-5 dan ke-7 manakala Red Bull KTM Tech3 turut meneruskan rentak sendu dengan kedudukan ke-13 melalui Johann Zarco dan Hafizh Syahrin di kedudukan ke-18 yang juga tercorot. Tapi pujian harus diberikan kepada Bo55ku kerana berjaya meneruskan perlumbaan sehingga ke pusingan terakhir.
Keputusan akhir:
- Alex Rins ESP Suzuki Ecstar (GSX-RR) 41m 45.499s
- Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1) 41m 45.961s
- Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP19) 41m 53.953s
- Andrea Dovizioso ITA Mission Winnow Ducati (GP19) 41m 54.919s
- Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha SRT (YZR-M1) 42m 3.520s
- Danilo Petrucci ITA Mission Winnow Ducati (GP19) 42m 6.975s
- Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha SRT (YZR-M1)* 42m 11.610s
- Pol Espargaro ESP Red Bull KTM Factory (RC16) 42m 15.242s
- Francesco Bagnaia ITA Pramac Ducati (GP18)* 42m 16.107s
- Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) 42m 16.510s
- Maverick Viñales ESP Monster Yamaha (YZR-M1) 42m 19.576s
- Andrea Iannone ITA Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 42m 20.278s
- Johann Zarco FRA Red Bull KTM Factory (RC16) 42m 27.957s
- Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16)* 42m 29.771s
- Tito Rabat ESP Reale Avintia Ducati (GP18) 42m 30.122s
- Karel Abraham CZE Reale Avintia Ducati (GP18) 42m 30.239s
- Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)* 42m 33.562s
- Hafizh Syahrin MAL Red Bull KTM Tech3 (RC16) 42m 53.182s
Jorge Lorenzo ESP Repsol Honda (RC213V) DNF
Marc Marquez ESP Repsol Honda (RC213V) DNF
Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V) DNF
Aleix Espargaro ESP Factory Aprilia Gresini (RS-GP) DNF







