
EICMA2026: CFMOTO 550MT, 550MT-X DIPERKENAL – 54HP, 52NM
Walaupun CFMOTO mencuri tumpuan di EICMA dengan model V4SR-RR serba baharu namun jenama motosikal dari China itu turut memperkenalkan dua motosikal kembara baharu.
CFMOTO membawakan platform 550cc serba baharu ke EICMA 2026 yang hadir dalam dua versi, 550MT dan 550MT-X.

Kedua-dua model menawarkan fungsi yang berbeza namun dikuasakan enjin parallel-twin 526cc baharu dengan 270-degree crank yang sama. Unit ini berupaya menghasilkan 54hp pada 8,500rpm dan 52Nm pada 6,000rpm.
Menariknya, 550MT hadir dengan tangki yang lebih besar dengan 23L sementara 550MT-X dengan keupayaan off-road yang lebih ketara dilengkapi dengan tangki 16L dalam usaha mengekalkan berat yang rendah.

Keduanya-duanya dilengkapi dengan suspensi KYB boleh laras sepenuhnya namun jarak gerak pada MT-X lebih tinggi dengan 230mm depan dan 220mm belakang. Jarak kelegaan tanah pada MT-X juga lebih baik dengan 250mm.
Sementara itu, 550MT-X dilengkapi dengan meter TFT 6.2-inci jenis menegak sementara 550MT dipadankan bersama meter TFT 8-inci dengan fungsi Apple CarPlay.

Kedua-dua model turut menawarkan fungsi bi-directional quickshifter secara standard termasuk ABS dan traction control. Namun begitu, ABS dan TCS pada 550MT-X boleh dipadamkan. 550MT turut menawarkan fungsi cruise control secara standard dan sistem pengesan belakang (blind spot detection).
Dalam pada itu, varian MT-X juga hadir dengan rim 21-inci depan dan 18-inci belakang yang dipadankan bersama cakera 320mm depan dan 240mm di belakang,








