Buletin

ZENVO ST1 – SUPERCAR YANG AKAN MENGUBAH PERSEPSI ANDA TENTANG DENMARK

Bila sebut nama Denmark mesti ramai yang akan terbayang betapa lemak manisnya biskut mentega keluaran mereka selain produk tenusu yang lain. Kena pulak dengan kopi panas sambil lepak-lepak musim hujan ni memang ngam. Tapi kereta buatan Denmark? Memang pelik bunyinya kan? Supercar keluaran Denmark? Lagi la tak masuk akal. Tapi inilah kenyataannya, Zenvo ST1 merupakan sebuah supercar ori keluaran negara tenusu ini.

Zenvo merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh tiga orang yang berminat menurut jejak langkah Bugatti, Pagani dan Koenigsegg. Ia bukannya dihasilkan untuk mencabar kelajuan Veyron ataupun Chiron tetapi lebih kepada sebuah kereta sport yaang boleh dipandu setiap hari dan bersedia untuk dibawa ke litar lumba bila diperlukan.

Rekaan ST1 yang dihasilkan oleh pereka Denmark, Christian Brandt ni memang ganas dan tersendiri. Ia boleh hampir tidak ada persamaan dengan supercar keluaran Itali mahupun British. Rekaan cesinya dihasilkan menggunakan kerangka logam (hanya syarikat besar dan kaya macam Lambo je boleh hasilkan cesi dari gentian karbon) dan digandingkan dengan suspensi double-wishbone dan penyerap hentak Ohlins boleh laras tiga-hala. Bahagian luarannya bagaimanapun dihasilkan dengan kepingan gentian karbon yang ringan tetapi cukup kukuh.

Enjin mega berkuasa7.0-liter supercharged V8 diletakkan di bahagian belakang tempat duduk pemandu dan penumpang dan kemudian dikepung dengan pelbagai penebat disekelilingnya.

Bila semua siap dipasang, enjinnya dihidupkan dengan memusing suis penghidup pada bahagian konsol tengah sambil menekan klac dan pedal minyak beberapa kali. Enjinnya akan dihidupkan dengan bunyi yang ganas tetapi kemudiannya menjadi lebih terkawal. Ia dilengkapi dengan kotak gear enam-kelajuan keluaran Ricardo.

BACA: BAYANGKAN JIKA SEMUA PENGELUAR HASILKAN SUPERCAR MASING-MASING

ST1 mempunyai tiga mod enjin (normal, sport, race) yang masing-masing akan membebaskan 650 bhp, 850 bhp dan 1104 bhp setiap satunya. Semuanya dilakukan dengan memusingkan tombol dengan tangan anda. Kawalan cengkaman berfungsi sepenuhnya dalam mod normal, separuh dan mod sport dan dipadamkan sepenuhnya dalam mod perlumbaan.

Seperti supercar lain, ST1 bukanlah lancar sangat pada kelajuan perlahan tetapi tak adalah teruk sangat. Sebab itulah suspensinya juga diberi tiga mod antara comfort, normal dan juga sport.

Okey berapa harga yang perlu dibayar untuk supercar yang boleh membuat pecutan 0-100 km/j hanya dalam masa 3 saat ini? ia berharga £750,000 di UK bermakna sekitar RM4.5juta tidak termasuk cukai.

Berbaloi tak untuk dibeli jika mampu? Terserah, tapi kalau ada duit banyak tu Pak Amid akan beli Honda NSX.

GALERI:

Google ads
Back to top button