Buletin

KOJI NAKAMURA CEO BAHARU ISUZU MALAYSIA

Isuzu Malaysia Sdn. Bhd. (IMSB) hari ini mengumumkan pelantikan Koji Nakamura sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baru.

Nakamura akan bertanggungjawab menyelia operasi syarikat, termasuk aspek-aspek jualan, selepas jualan dan kewangan.

“Koji Nakamura mempunyai pengalaman yang sangat luas, terutama dari segi perancangan strategik, jualan dan pentadbiran operasi. Saya amat berbesar hati dapat menyerahkan pucuk pimpinan syarikat kepada beliau,” kata Ketua Pegawai Eksekutif semasa, Kenji Matsuoka.

Sejak menjadi orang nombor 1 IMSB pada tahun 2015, Matsuoka telah berjaya membawa IMSB ke kedudukan ke-6 (sebelum ini no. 7). Beliau juga mengekalkan kedudukan Isuzu sebagai jenama trak pilihan No. 1 di Malaysia.

Tahun lalu juga menyaksikan penguasaan pasaran Isuzu D-Max meningkat sebanyak 3.8 peratus kepada 14.7 peratus.

Baru-baru ini, Isuzu Malaysia melancarkan Pusat Servis Isuzu bertaraf ‘flagship’ di Shah Alam, meskipun pasaran semasa adalah cukup mencabar.

“Saya percaya bahawa kita boleh membangunkan perniagaan dalam apa jua keadaan ekonomi. Fokus utama saya sekarang adalah untuk memperbaiki teknik-teknik operasi, menambah jumlah jualan,” kata Nakamura.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button