ZONTES DEDAH MODEL BAHARU 125 GK. GAYAAN NEO-RETRO, JIMAT MINYAK DAN MESRA PENUNGGANG MUDA
Zontes mendedahkan model terbaharu mereka iaitu 125 GK yang dibina untuk penunggang amatur kerana ia lebih ringan berbanding 350 GK.
Penunggang hanya perlu ada lesen asas untuk merasai kemampuan 125 GK yang hadir bersama rekaan lebih kontemporari. Ia juga digambarkan sebagai replika bagi model 350 GK kerana berkongsi banyak teknologi.
Gayaan scrambler neo-retro menyerlahkan tarikan vintaj pada motosikal ini.
Enjin 125cc 4-lejang, satu silinder menerima beberapa peningkatan prestasi di mana output maksimumnya ialah 14.7hp pada 9,000 rpm. Transmisi manual enam kelajuan digunakan untuk mengagihkan kuasa ke roda belakang.
125 GK menawarkan penjimatan bahan api yang sangat cemerlang iaitu 40 kilometer seliter. Model baharu itu didatangkan dengan tangki 20 liter, jadi tiada masalah untuk bergerak lebih 600km.
Model naked itu didatangkan dengan penyerap hentak tinggal di belakang bersama ciri pelarasan pramuat, selain fork hadapan jenis terbalik (USD). Rim lidi bersaiz 17 inci dilengkapi brek cakera depan dan belakang bersama sistem ABS Bosch.
Selain itu, 125 GK menggunakan tayar CST untuk tunggangan lebih baik, berbeza dengan 350 GK yang dilengkapi tayar untuk pada jalan raya biasa. Walaupun mempunyai dimensi hampir sama dengan 350 GK, 125 GK hanya seberat 160 kilogram.
Model baharu itu dilapor bakal ditawarkan dalam tiga pilihan warna termasuk kelabu/kuning, hitam/kelabu dan hitam/oren, pada penghujung September 2022. Zontes 125 GK akan dijual pada harga sekitar AS$4,290 (RM19,308).
- BACA: HONDA LANCAR JENTERA NEO-RETRO CB190TR KE PASARAN CHINA
- BACA: MFORCE LANCAR SCRAMBLER WMOTO SX2-300. 28HP, 3 PILIHAN WARNA, RM19K SAHAJA!
- BACA: ‘ROY’ GILA-GILA REMAJA KEMBALI BERAKSI BERSAMA SCRAMBLER HONDA CRF 250L. BIKIN REMAKE KE?
- BACA: DUCATI MALAYSIA LANCAR SCRAMBLER NIGHTSHIFT. BATCH PERTAMA HABIS DIJUAL. BERMULA RM65,900