
ZONTES NAIK TARAF ZT703F DENGAN RIDE-BY-WIRE DAN QUICKSHIFTER – 95HP, 76NM
Zontes telah menaik taraf model adventure ZT703F bagi tahun 2026 dengan beberapa ciri tambahan.
Menurut Zontes, ZT703F kini dilengkapi dengan fungsi Ride-by-Wire, cruise control serta bi-directional quickshifter.

Selain itu, pakej elektronik juga ditambahbaik dengan 6-axis IMU yang menawarkan Cornering ABS dan lean-sensitive traction control.
Aspek keselesaan dan praktikal juga dipertingkat dengan ciri heated seat dengan tiga tahap kepanasan dan boleh diakses menerusi skrin TFT.

Namun begitu, ZT703F ini masih mengekalkan enjin tiga silinder 699cc yang berupaya menjana 95hp pada 10,000rpm dan 76Nm pada 7,500rpm.
Bagi memenuhi cita rasa pelbagai, Zontes menawarkan ZT703F ini dengan dua varian, off-road dan tourer. Masing-masing dibezakan dengan penggunaan rim 21-inci depan dan 18-inci belakang derta 19-inci depan serta 17-inci belakang.







