Buletin

HARGA SEMASA RON95 DAN DISEL KEKAL HINGGA PENGHUJUNG 2018

Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam satu kenyataan semalam memberitahu bahawa kerajaan bersetuju memperuntukkan subsidi untuk bahan bakar petrol gred RON95 dan disel sehingga penghujung tahun ini.

Dianggarkan sebanyak RM3 billion diperlukan bagi memastikan harga dapat dikekalkan pada paras sekarang.

Buat masa ini harga jualan bagi petrol RON95 ialah RM2.20 seliter dan disel RM2.18 seliter,

Menurut Guan Eng juga, sukar untuk menetapkan bajet sebenar kerana harga bahan mentak petroleum naik dan turun setiap minggu namun beliau menganggarkan ia memerlukan sekitar RM3 bilion sehingga Disember nanti.

Sementara itu, harga bagi RON97 pula adalah berdasarkan harga pasaran semasa. Tiada kawalan atau subsidi dikenakan pada gred selain RON95.

Buat masa ini, harga petrol RON97 ialah RM2.59 seliter,

 

Google ads
Back to top button