
JAECOO J7 PHEV, JAECOO J8 PHEV MUNCUL DI BEIJING INTERNATIONAL AUTOMOTIVE EXHIBITION 2024
JAECOO hari ini mengumumkan bakal memperkenalkan dua model terbaru, J7 PHEV dan J8 PHEV pada acara Beijing International Automotive Exhibition 2024 yang berlangsung pada 25 April ini.
Sejak pelancarannya beberapa bulan lalu, JAECOO telah menunjukkan komitmen yang kukuh terhadap inovasi dan kualiti serta berhasil membuat debut di pelbagai negara, termasuk Eropah Timur, Mexico, Afrika Selatan dan Arab Saudi.
Dengan pelancaran model hibrid baharu ini, JAECOO mengubah nilai produk tenaga baharu off-road, memberikan pengalaman lebih bijak, cekap, dan selamat kepada pengguna global.
Menurutnya, JAECOO tidak hanya memberikan produk dan perkhidmatan lebih baik, tetapi juga mencipta pengalaman hidup yang diperibadikan di luar kereta.

Selain daripada itu, JAECOO juga menunjukkan komitmen mereka terhadap globalisasi dengan mengintegrasikan sumber global dan menyesuaikan operasi tempatan di setiap pasaran.
Mereka berusaha untuk memajukan pembangunan tenaga baharu secara global, menawarkan rangkaian produk, teknologi, dan perkhidmatan industri kepada pengguna.
Bukan itu sahaja, JAECOO turut memperkenalkan strategi global mereka dan menggunakan teknologi AI terkini untuk mencipta ekologi teknologi baharu.
Dengan pembukaan Beijing International Automotive Exhibition 2024 semakin hampir, kita semua menantikan JAECOO menarik perhatian dunia menerusi model tenaga baharu.
- BACA: JAECOO J7 UNGGUL DI M4TREC, UJI KEUPAYAAN PELBAGAI KEADAAN PEMANDUAN
- BACA: PENDAFTARAN MINAT JAECOO J7 RASMI DIBUKA BERMULA 10 APRIL, ANGGARAN HARGA RM150K
- BACA: JAECOO 6 EV DIPERKENALKAN DI THAILAND – JANA 274HP, TAWAR JARAK GERAK 470KM
- BACA: JAECOO PREMIERE EXPERIENCE – JELAJAH JAECOO J7 UNTUK PEMINAT SUV KINI BERMULA