![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2024/04/Martin-Sesks-WRC-2024-Mekanika.jpg)
MARTIN SESKS AKAN BERPELUANG MEMANDU JENTERA RALLY1 MUSIM INI
Pemandu rali kelahiran Latvia Mārtiņš Sesks akan mendapat manfaat daripada sokongan Promoter WRC dan juga M-Sport Ford, untuk memperoleh pemanduan Rally1 pertamanya bersama jentera M-Sport Ford Puma Rally1 untuk perlumbaan Orlen 80th Rally Poland dan juga spesifikasi model Rally1 Hibrid di perlumbaan halaman sendiri di Tet Rali Latvia.
Pemandu rali yang berusia 24 tahun itu telah disahkan menerima perkhabaran gembira tersebut sebagai penerima sokongan pada 22 April dan kini hanya mempunyai lebih kurang dua bulan untuk menantikan penampilan sulungnya di ORLEN 80th Rally Poland pada 27 – 30 Jun nanti.
Program Rally1 dengan membabitkan dua perlumbaan Martin Sesks menandakan langkah permulaan buat Promoter WRC dalam usaha menyokong pemandu sebagai batu loncatan ke kategori utama rali. Untuk perlumbaan pertama Martin Sesks di Poland hanya Rali Puma Rally1 bukan hibrid akan digunakan sebagai1 sebagai persediaan untuk beliau sebelum jentera hibrid sebenar Ford Puma Rally1 digunakan untuk perlumbaan di Latvia.
![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2024/04/Martin-Sesks-WRC-2024-Mekanika1.jpg)
Martin Sesks telah mempamerkan kemajuan untuk menjadi salah satu pemandu elit dalam saingan FIA European Rally Championship (ERC) dengan cukup hebat di permukaan gravel. Pemandu dari Latvia ini pernah memenangi dua edisi perlumbaan Tet Rally Liepāja sebelum ini. Malah, pemandu berbakat besar ini turut meraih kemenangan pada musim panas lalu di Rally Poland sewaktu perlumbaan dalam siri ERC.
Sedikit sejarah untuk diimbas, ketika Tet Rally Liepāja tahun 2022, Martin Sesks telah mempamerkan pemanduan yang handal apabila berjaya memenangi kesemua peringat dalam perlumbaan tersebut, menyamai prestasi hebat yang pernah dibuat oleh lagenda rali Sebastian Loeb ketika perlumbaan Tour de Corse pada tahun 2005.
“Kami mengenal pasti keperluan untuk meletakkan lebih banyak sumber untuk menyokong generasi akan datang juara dunia WRC yang berpotensi dan membantu mereka dengan langkah yang mencabar daripada kategori sokongan kepada peringkat tertinggi sukan ini,” kata Pengarah Kanan Sukan Promoter WRC, Peter Thul.
![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2024/04/Martin-Sesks-WRC-2024-Mekanika2.jpg)
Menurut beliau lagi, prestasi Martin Sesks dalam dua musim di ERC sebelum ini cukup mengangumkan dan layak untuk menerima sokongan ini dan sudah semestinya anak muda ini bakal menjadi peserta yang regular dalam WRC nanti.
Bagi Prinsipal M-Sport Ford, Richard Millener pula menyokong usaha bersama Promoter WRC ini, apatah lagi dengan penggunaan jentera tanpa hibrid yang sudah semestinya membantu untuk mengurangkan kos dan juga penyediaan buat mana – mana pemandu sebelum memandu jentera hibrid Rall1 ini.
BACA : M-SPORT FORD AKAN MEMBARISKAN DUA PEMANDU MUDA UNTUK SAINGAN WRC 2024
BACA : PEMILIK M-SPORT FORD AKHIRNYA BERPELUANG MEMANDU FORD PUMA RALLY1