Motosikal

MFORCE BAKAL PAMER LEBIH 100 MOTOSIKAL DI MALAYSIA AUTOSHOW 2024

MForce Bike Holdings selaku pengedar rasmi beberapa jenama motosikal di Malaysia akan mempamerkan lebih dari 100 unit model baharu di Malaysia Autoshow 2024 yang akan berlangsung pada Mei. 

Perkara itu disampaikan Ketua Pegawai Operasi (COO) MForce, Asri Ahmad kepada media bulan lalu. 

Menurutnya, lebih 100 unit motosikal itu terdiri daripada model sedia ada, model baharu dan model akan datang yang merangkumi jenama seperti Benelli, QJMotor, WMOTO, SYM, Yadea, Brixton, Keeway, Moto Morini, SM Sport dan terbaru MBP Moto. 

Kami juga menjangkakan bahawa MForce akan turut mempamerkan beberapa model dari jenama Voge seperti yang kami laporkan sebelum ini. 

Nantikan perkembangan Malaysia Autoshow 2024 yang akan berlangsung dari 24 hingga 26 Mei ini bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang @ MAEPS. 

Google ads
Back to top button