Buletin

INDONESIA SEDIA, YAKIN MAMPU KELUARKAN KERETA BUATAN SENDIRI

Presiden terpilih Prabowo Subianto semasa kempen pilihan raya 2024 berkata bahawa Indonesia akan membina industri automotif nasional yang bebas.

Menurutnya, beliau mengimpikan Indonesia mampu mengeluarkan jip, sedan, pikap serta lori dan motosikal.

“Kita akan ada kereta buatan Indonesia sendiri. Sekarang, saya diberitahu oleh Pak Jokowi, kita dah mula, kita buat jip buatan Indonesia sendiri,” kata Prabowo.

Prabowo berkata demikian selepas melihat kejayaan kenderaan taktikal Maung keluaran PT Pindad dengan dakwaan kandungan komponen domestik sebanyak 73 peratus.

Beliau berpendapat bahawa jika melebihi 70 peratus ia boleh dikatakan ‘buatan Indonesia’.

Beliau juga berkata dalam dua atau tiga tahun akan datang Maung berupaya mencapai 90 peratus kandungan tempatan.

“Tetapi dalam tempoh dua tahun, tiga tahun, 90 peratus barangan akan menggunakan komponen di Indonesia,” katanya.

Prabowo yang kini menjadi Menteri Pertahanan juga berkata Indonesia boleh mempelopori pengeluaran kapal terbang, kereta api, kapal dan TV.

“Kami bukan hanya mahu jip. Kami mahu sedan, pikap, trak, semuanya, motosikal mesti dibuat di Indonesia; TV, kapal terbang, kereta api, kapal,” ujar Prabowo.

Google ads
Back to top button