Buletin

BEIJING AUTO SHOW 2024: MAZDA EZ-6 DIDEDAHKAN, DUA VARIAN – EV DAN PHEV

Usahasama Mazda dengan Changan hari ini telah mendedahkan sedan elektrik baharu, Mazda EZ-6 di Beijing Auto Show 2024.

Dilihat sebagai bakal pengganti kepada Mazda6 (Atenza) yang dihentikan, model bersaiz sederhana ini bagaimanapun mungkin hanya terhad kepada pasaran China.

Dibina di atas platform yang dibangunkan oleh Changan, EPA1 Changan, EZ-6 mempunyai ukuran 4,921mm panjang, 1,890mm lebar, 1,485mm tinggi dan jarak roda 2,900mm.

Di bahagian dalam, Mazda EZ-6 menerima reka bentuk papan pemuka yang sangat minimalis, dengan hampir semua kawalan disepadukan ke dalam set skrin sentuh infotainmen bersaiz 14.6-inci.

Perincian lain termasuklah mempunyai pemegang cawan, ruang penyimpanan kecil serta dilengkapi gugusan instrumen digital 10.2-inci.

Spesifikasi bagi model belum didedahkan, tetapi pengeluar kereta Jepun itu mengesahkan ia akan datang dalam kedua-dua varian elektrik sepenuhnya dan range extender, sama seperti SL03.

Merujuk kepada SL03, varian elektrik sepenuhnya dengan motor elektrik yang dipasang di gandar belakang berupaya menghasilkan 215hp atau 255hp dan 320Nm tork.

Menerusi pilihan pek bateri 58.9- atau 66.8kWj, ia menawarkan jarak gerak antara 530km hingga 610km berdasarkan standard CLTC.

Terdapat juga versi hibrid plug-in yang menampilkan enjin petrol empat silinder 1.5 liter dan dijana oleh motor elektrik berkuasa 215hp atau 235hp dengan tork 320Nm.

Sama ada pek bateri 19- atau 28.4-kWj, pek bateri yang lebih kecil menawarkan 135km jarak elektrik sahaja dan sehingga 1,140km dalam mod hibrid.

Sementara, bateri lebih besar menawarkan 200km dalam mod EV sahaja, atau 1,200km dalam mod hibrid.

Tiada perincian mengenai harga, pengganti Mazda 6 di China ini juga belum ada pengesahan sama ada ia akan mendarat ke pasaran lain.

GALERI:

Google ads
Back to top button