Buletin

LEBIH PERINCIAN HYUNDAI KONA 2024 DIDEDAHKAN, ADA VARIAN HIBRID 1.6L 139 HP, 265 Nm

Tahun lalu, Hyundai telah memperlihatkan generasi baharu SUV Hyundai Kona 2024.

Berbanding model terdahulu, Hyundai Kona 2024 kini mempunyai dimensi yang lebih besar, dimana jarak antara roda bertambah sebanyak 60 mm kepada 2,660 mm, diikuti panjang (+145 mm) 4,350 mm, sementara lebar pula 1,825 mm.

Disebabkan pertambahan dimensi, Hyundai mendakwa Kona kini mempunyai ruang bahu terbesar di dalam kelasnya untuk penumpang belakang.

Hyundai Kona 2024 mampu menawarkan ruang kargo sebesar 723 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat, di mana ia boleh diakses dengan mudah menerusi pintu tailgate berkuasa elektrik yang boleh diprogramkan ketinggian bukaannya.

Sementara teknologi shift-by-wire juga telah membebaskan lebih banyak ruang di bahagian hadapan kabin.

Di Korea Selatan, Hyundai Kona boleh dipilih dalam versi petrol 2.0 liter NA (147 hp/180 Nm) dengan transmisi CVT, atau enjin 1.6L turbo (195 hp/265 Nm) dengan padanan kotak gear auto lapan nisbah kelajuan.

Terdapat juga versi hibrid 1.6 liter dengan kuasa gandingan sebanyak 139 hp dan 265 Nm, dipadankan dengan transmisi klac berkembar enam kelajuan.

Antara ciri lain termasuklah sepasang skrin digital 12.3 inci, fungsi memori pada tempat duduk, pad pengecasan tanpa wayar, teknologi NFC yang membolehkan peranti pintar berfungsi sebagai kunci digital, serta menyokong kemaskini over-the-air (OTA).

Google ads
Back to top button