
TOYOTA YARIS G LIMITED DILANCARKAN, TERHAD 600 UNIT – HARGA BERMULA RM99K
UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini secara rasmi mengumumkan pelancaran Toyota Yaris G Limited, menetapkan penanda aras baharu dalam pasaran hatchback segmen B bukan nasional.
Tersedia hanya 600 unit di Malaysia, ia tampil dengan inovasi automotif, menawarkan peningkatan prestasi lebih baik, pengendalian dipertingkatkan dan reka bentuk yang bergaya.

Toyota Yaris G Limited tersedia dalam pelbagai warna, termasuk pakej dalaman 2-Tona Sporty untuk disesuaikan dengan gaya hidup dan prestasi.
Selain itu, Toyota Yaris G Limited hadir dengan sistem suspensi yang ditala untuk meningkatkan keupayaan selekoh dan responsif, memberikan prestasi pemanduan lebih sporty.
Bukan itu sahaja, casis menerima gabungan terbaik dengan cengkaman tayar lebih baik dan kawalan stereng yang tepat bagi memastikan pengendalian dan membolehkan pemandu berasa terhubung sepenuhnya dengan jalan raya.

Pengawal pendikit dan ‘intake’ udara sejuk meningkatkan prestasinya, sekali gus memastikan pecutan pantas dan pengalaman pemanduan menyeronokkan.
Untuk harga, Toyota Yaris G Limited ditawarkan pada harga bermula RM99,600.
Toyota Yaris G Limited turut didatangkan dengan waranti perbatuan tanpa had selama 5-tahun penuh, selain dilengkapi perlindungan komponen prestasi selama satu tahun atau 20,000 kilometer (km).

