Motosikal

DUCATI SUPERSPORT – TIADA LAGI WARNA MERAH, GANTI DENGAN KELABU MATTE

Warna merah yang biasanya digunakan pada model Ducati SuperSport kini telah ditukar kepada kelabu sebagai warna barunya.

Pengeluar motosikal premium dari Itali itu menyatakan bahawa warna Titanium Grey tersebut hadir dalam kemasan matt. Warna itu menyaputi keseluruhan motosikal kecuali kerangka dan rim yang dicat merah agar kelihatan lebih kontras.  

Perubahan untuk model tahun 2019 itu tidak melibatkan sebarang kenaikan harga. Ducati akan tetap menjual SuperSport pada harga AS$12,995 (RM52,000) untuk varian biasa dan AS$14,995 (RM60,000) bagi SuperSport S.
Menurut Ducati, hanya varianS akan ditawarkan dalam warna merah, putih dan kelabu. Varian dengan warna baharu itu akan mula berada di pekedai Ducati di Britain bermula Julai depan.

Ducati SuperSport diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 1973 dengan produksi diteruskan hingga 2007. Model terkini yang mengekalkan namanya diperkenalkan pada acara Intermot 2016.

SuperSport menggunakan khidmat enjin silinder berkembar Testastretta yang mampu menjana kuasa sehingga 110hp pada 9,000rpm. Ia dilengkapi pelbagai ciri keselamatan moden seperti brek ABS dan kawalan cengkaman.

Segala maklumat tunggangan seperti kedudukan gear neutral, isyarat membelok, lampu tinggi, had rpm enjin, tekanan minyak dan baki minyak dipaparkan pada satu panel instrumen kompak. P  

Varian S ditambah ciri-ciri seperti Quick Shift, penutup tempat duduk pembonceng, fork 48mm Öhlins dengan tiub dalaman TiN dan penyerap tunggal serta tangki minyak bersepadu.  

Google ads
Back to top button