Buletin

HARGA MINYAK NAIK: RAKYAT THAILAND DISARAN GUNA KENDERAAN BILA PERLU SAHAJA

Rakyat Thailand disaran supaya menggunakan kenderaan bagi tujuan ‘perjalanan penting’ sahaja. 

Ia berikutan harga bahan api meningkat pada setiap hari.

Setakat 26 Mei lalu, harga minyak Gasohol adalah 43.5 baht (RM5.58) seliter, Benzene 95, 50.9 baht (RM6.53) dan Diesel 32 baht (RM4.10) bagi seliter.  

Menurut laporan Thaiger, Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha berkata, beliau berusaha memastikan harga minyak berada di paras terendah bagi membantu orang ramai berdepan dengan cabaran ekonomi. 

Katanya, orang ramai dilihat lebih banyak menggunakan kenderaan bagi menghantar anak mereka ke sekolah selepas sesi pembelajaran bersemuka dibenarkan. 

Kenaikan harga bahan api global merupakan satu lagi cabaran terhadap industri pelancongan Thailand. 

Harga tiket penerbangan bagi perjalanan domestik juga dilaporkan meningkat secara berterusan. 

Sebelum ini, pihak kerajaan menggalakkan penduduk tempatan melancong lebih kerap bagi membantu industri pelancongan. 

Namun, kini, kerajaan pula meminta rakyat mengehadkan perjalanan mereka. 

Sementara itu, Pejabat Dana Bahan Api merancang untuk meminjam 20 bilion baht (RM2.5 bilion) dari Bank Simpanan Kerajan dan Bank Krungthai bagi menambah subsidi harga minyak negara kerana penduduk semakin terjejas akibat kenaikan harga minyak. –UTUSAN

Google ads
Back to top button