Buletin

SUBSIDI RON95 BERSASAR IKUT CC KERETA, GUNA DATA JPJ

Kerajaan dilapor akan menggunakan pangkalan data daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai salah satu elemen dalam pemberian subsidi petrol RON95 secara bersasar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perkara tersebut merupakan hasil mesyuarat yang diperincikan antara kementeriannya bersama Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Ekonomi pada Jumaat.

Jelasnya, pangkalan data JPJ akan digunakan untuk subsidi petrol RON95 kerana kerajaan boleh mengenal pasti sesaran enjin kereta.

“Sebenarnya kertas kerja mengenai mekanisme subsidi bersasar sudah dibentang ketika Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) yang dipengerusikan Perdana Menteri, 13 Disember lalu, namun beberapa perincian masih diteliti malah KPDN juga perlukan masa untuk laksanakannya,” katanya.

Beliau berkata pada sidang akhbar selepas meninjau aduan lif rosak di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah pada Sabtu.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, mekanisme atau kaedah khas pemberian subsidi tersebut akan diteliti terlebih dahulu termasuk penggunaan dokumen peribadi iaitu kad pengenalan.

“Mekanisme itu kita akan bincang kemudian. Sekarang zaman digital, macam-macam kaedah moden kita boleh gunakan tetapi perlulah berkesan. – Sinar Harian

Google ads
Back to top button