Artikel PilihanBuletin

6 KERETA EDISI KHAS YANG MERAPU, MEREPEK DAN MERABAN

Kereta-kereta istimewa datang dengan edisi khas istimewa yang dipanggil Special Edition, Exclusive Edition, Black Edition dan pelbagai gelaran yang menggambarkan kereta ini adalah keluaran terhad. Biasa teknik ini dilakukan sebagai taktik pemasaran bagi memanjangkan jangka hayat produk sebelum ia diganti dengan model baru sepenuhnya.

Kali ini kami senaraikan kereta edisi khas atau keluaran khas yang membuatkan anda termenung sekejap selepas melihat cara penggayaan kereta ini.

1. Nissan Altima Special Forces TIE Fighter

Selain obses dengan nama yang pelik, tim pemasaran Nissan terutama di Amerika adalah die-hard fan Star Wars. Buktinya ialah Nissan menghasilkan Nissan Altima yang digayakan dengan mengambil insiprasi jet pejuang yang digunakan oleh Dark Side.

Rekaan ini dibuat dengan kerjasama antara Nissan dan juga Lucasfilm serta pakar custom Hollywood bagi memberikan perician seperti menghasilkan bunyi serta cahaya.

2. Fiat Seicento Sporting Michael Schumacher

Ok Michael Schumacher sebenarnya ada memiliki sebuah Fiat 500 Abarth dalam simpanannya, dikuasakan dengan enjin 1400cc turbo, 133 kuasa kuda dan 180Nm tork. Tapi Fiat mengambil sebuah Fiat Seicinto yang berkuasa 54 kuasa kuda dan memasang kit badan Abarth pada kereta ini

Selain skirt di bahagian sisi dan tandatangan Michael Schumacher pada badan kereta, tak ada apa pun yang istimewanya pada kereta ini. Buang karan ja.

3. Nissan McDonald’s GT-R Nismo

Ya kereta ini wujud tapi tidak dijual sebagai kereta keluaran khas. Ia dibuat sempena gimik kempen pemasaran McDonald Jepun bagi memasarkan Happy Meal yang datang dengan mainan kereta malah warna emas itu hanya balutan sahaja. Kalau buat betul betul tak pasti lah boleh laku ke tidak

4. Porsche 911 Facebook Edition

Percayakah anda Porsche menghasilkan model 911 ini sempena page Facebook mereka telah mencapai 5 juta like. Hanya sebuah sahaja dihasilkan dengan tulisan plague “Personally Built by 5 Million Porsche Fans” pada papan pemuka

Tapi sebenarnya kereta ini dihasilkan sempena sambutan 50 tahun Porsche dengan kemasan warna Aquablaumetallic, lengkap dengan kit badan Cup Package serta rim bersaiz 20 inci kemasan putih

5.  Volkswagen Polo Harlequin

Kalau anda nak tahu, Harlequin ini sebenarnya watak pak lawak dalam komik kebudayaan Itali. Biasanya harlequin digambarkan memakai baju dengan fesyen colour block iaitu biru, merah, hijau, kuning. Jadi tim pemasaran mengambil langkah berani dengan memperkenalkan Polo Harlequin

Apa yang unik ialah Polo ini datang dengan 5 warna pada satu kereta dan memang nampak kelakar badut. Walaupun Volkswagen mengatakan 3800 unit Polo ini telah terjual, pihak media kurang percaya dengan penyataan tersebut.

6. Ssangyong Korando Sports DMZ

Nombor 1, nama dia pelik macam nama Keranda dalam loghat Negeri Sembilan. Pikap in dihasilkan oleh Ssang Yong yang merupakan pengeluar keempat terbesar di Korea. DMZ merupakan Demilitarize Zone merupakan satu garisan pemisah selebar 2.5batu dan sepanjang 160batu memisahkan Korea Selatan dan Utara

Korea Utara dan Selatan secara teknikal masih berperang sehingga hari ini, kerana mereka menerima gencatan senjata sehingga hari ini. Kami masih tidak faham bagaimana tim pemasaran SsangYong menghasilkan Korando keluaran khas dengan cat celoreng ala-ala askar yangseperti dicat oleh anak penulis yang bersekolah tadika

Google ads
Back to top button