Buletin

17 SEBAB KENAPA ANDA MESTI PERGI KE ACARA MME 2022 DI KLCC PADA 11-13 NOVEMBER INI!

Sebagaimana yang pernah dilaporkan sebelum ini, acara Malaysia Motor Expo (MME) 2022 bakal berlangsung pada 11 hingga 13 November depan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). 

Selepas lebih dua tahun tidak ada acara sebegitu dianjurkan akibat penularan wabak Covid-19, MME 2022 ialah lokasi yang mesti anda kunjungi. 

Mungkin ramai di antara anda yang masih kurang pasti kenapa perlu datang ke MME 2022. Tidak mengapa, di sini kami senaraikan 17 sebab kenapa anda perlu menjejakkan kaki ke sana. 

1. Great Wall Motor dijadual membuka pra-tempahan model elektrik pertamanya Ora Good Cat untuk semua pelanggan yang berminat. Katanya, EV berkenaan akan dilancarkan oleh seorang menteri. 

2. Peminat jenama Hyundai boleh melihat secara dekat model MPV yang baru dilancarkan, STARIA 10 tempat duduk dan SUV KONA electric.

3. Inggres Volvo akan menyediakan beg hadiah istimewa ke atas setiap tempahan yang dibuat sepanjang MME 2022 berlangsung. Program rujukan (referral) juga dibuat dengan tawaran beg hadiah menarik. 

4. Pelanggan yang membeli Ford Ranger XLT Plus generasi baharu akan menerima tinted secara percuma (tertakluk kepada terma dan syarat). Anda juga boleh melihat secara lebig dengan model Ford Ranger XLT Plus dan Ranger Wildtrak serba baharu di booth Ford. 

5. Subaru akan mempamerkan model SUV popularnya iaitu XV dan Forester.

6. Proton EON: Dapatkan barangan eksklusif EON dengan setiap tempahan yang dibuat pada 11 hingga 13 November. 

7. Audi akan menawarkan program penyelenggaraan percuma selama tiga tahun dan Eco tint secara percuma. Bukan itu sahaja, rebut peluang untuk memenangi 3 unit telefon pintar Iphone 14. Sah untuk pendaftaran yang dibuat sehingga 31 Disember 2022.

8. Volkswagen akan menawarkan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun dan barangan original Volkswagen. Pendaftaran mestilah dibuat sebelum 31 Disember 2022. 

9. Mitsubishi: Dapatkan baucar petrol PERCUMA berjumla RM500 apabila mendaftar sebuah Xpander. Hadiah misteri juga menanti pengunjung yang membuat tempahan.

10. Isuzu: Dapatkan barangan istimewa Isuzu semasa pendaftaran.

11. Kia akan mempamerkan EV pertamanya, EV6

12. Mazda akan mempamerkan EV pertamanya, Mazda MX30. Tidak ketinggalan, SUV Mazda CX-3 1.5L

13. Peugeot akan mempamerkan Peugeot 2008 yang dilengkapi enjin 1.2L Puretech Turbo. Tidak ketinggalan, Peugeot 3008 dengan enjin 1.6L Twin scroll Turbo High Pressure. 

14. Petron merupakan penaja bahan api rasmi untuk MME 2022. Jadi, jangan lupa muat turun aplikasi mudah alih Petron dan ahli PMiles boleh mengunjungi acara ini secara percuma. Pergi ke booth Petron untuk menebus hadiah istimewa. 

15. Shopee merupakan rakan e-dagang dan tiket rasmi MME 2022. Dengan kolaborasi ini, Shopee akan menawarkan diskaun eksklusif sehingga RM300 daripada penjual, baucar penghantaran percuma, syiling cashback, Shopee Coins, rebat, cabutan bertuah dan banyak lagi! Lihat aksesori motosikal, kereta, alat ganti dan pelbagai lagi, serta tunggu sahaja ia dihantar terus ke rumah anda. 

16. Hall 2 bakal dimeriahkan dengan ratusan model kereta modifikasi dari Malaysia Thailand dan Singapore yang bersaing untuk menjadi yang terbaik – King of IAMKL 2022 (dinilai oleh pasukan juri antarabangsa IAM)

17. Jangan lupa untuk mengunjungi booth aksesori seperti minyak pelincir Grantt lubricant, SwitchD, Waxco, Basset, Elite caraudio, Tomahawk caraudio dan banyak lagi. 

Itulah perkara yang menanti anda di MME 2022. Jadi, jangan lupa kosongkan jadual pada tarikh berkenaan. Jumpa anda di sana!

Google ads
Back to top button