Buletin

GR COROLLA RALLY CONCEPT, 300 HP, MANUAL 6 KELAJUAN, AWD!

Pertama sekali tahniah diucapkan kepada pasukan Toyota Gazoo Racing WRT kerana berjaya memenangi Kejuaraan Rali Dunia (WRC) 2022. Lebih manis apabila pasangan pemandu dan pemandu arah Kalle Rovanpera dan Jonne Halttunen turut berjaya menjulang takhta kejuaraan.

Gambar yang ditunjukkan di dalam artikel ini adalah sebuah GR Corolla Rally Concept yang dihasilkan Toyota Motorsports Garage dari Amerika Syarikat (AS) dan diilhamkan dari kereta lumba GR Yaris Rally1 World Rally Championship (WRC).

Tidak seperti GR Yaris tersebut, Corolla bukan jentera rali dan model konsep ini sebenarnya satu idea menarik sekiranya digunakan di dalam perlumbaan rali.

Berdasarkan sejarah, Corolla WRC tampil buat kali pertama pada Rali Finland 1997 dan memenangi kejuaraan dunia pada 1999.

Model konsep yang dibawa ke Pameran SEMA 2022 ini tampil dengan kit badan agresif yang benar-benar berfungsi dan dilengkapi pelbagai komponen perlumbaan.

Komponen yang tidak perlu ditanggalkan bagi mengoptimumkan berat keseluruhan.

Di antara komponen yang dipasang dan jelas kelihatan ialah fender flare tiga inci yang diperbuat daripada besi 20 gauge (0.9 milimeter).

Side skirt model ini diperbuat daripada komposit karbon dan begitu juga pemisah depan dengan ukuran panjang 4.5 inci.

Selain fender flare, turut menyerlah sayap belakang tinggi, besar dan bertingkat yang sinonim dengan perlumbaan rali. Tingkap sukuan belakang dihasilkan melalui cetakan tiga dimensi (3D).

Roda bewarna putih saiz pula tidak lain dan tidak bukan dari OZ Racing dengan saiz 17 x 8 inci. Roda itu dipadan dengan tayar Continental Viking Contact 7 saiz 215/60R17.

Di sebalik roda tersebut dipasang angkup brek aluminium empat omboh dengan cakera saiz 14 x 1.1 inci.

Pada bahagian belakang, Toyota Motorsports Garage memasang satu lagi set angkup Wilwood untuk membantu dalam kawalan membelok dan membrek kereta ini.

Untuk gantungan, kereta ini dipasang set TEIN Gravel Rally dengan fungsi larasan penuh.

Enjin G16E-GTS 1.6 tiga silinder pada kereta ini berkuasa 300 kuasa kuda (hp) dan tork 370Nm dan dipadan bersama transmisi manual enam kelajuan dengan penyejuk tambahan.

Enjin itu dipertingkatkan dengan penyejuk minyak tambahan, kotak udara TRD dan ekzos rekaan khas empat muncung dari MagnaFlow.

Pada bahagian dalam, pemandu dan pemandu arah disediakan kerusi dan tali pinggang keledar OMP Racing dan rangka keselamatan yang diperbuat dari besi DOM 1 3/4 inci x .095 dengan kimpalan TIG.

BACA: TOYOTA CROWN KEMBALI, SEDAN PREMIUM DAN TINGGI DARIPADA CAMRY!

BACA: LIMA CIRI TOYOTA SIENTA 2022, DARI RM62K DI JEPUN!

BACA: MAKSUD NAMA-NAMA MODEL TERKENAL TOYOTA

Google ads
Back to top button