Motosikal

CYCLONE RT5 DAN RT2S TIBA DI PENGEDAR – DARI RM13,888

MForce Bike Holdings melancarkan dua model baharu untuk pasaran tempatan menerusi Cyclone RT5 dan RT2S masing-masing dijual dengan harga RM16,888 dan RM13,888. Kedua-duanya diumumkan ketika majlis perasmian MForce Smartshop KW Keat Wei Motor di Alor Setar, Kedah pada Jumaat.

Untuk rekod, kedua-dua skuter ini telah pun diperkenalkan ketika di Malaysia Bike Show 2026 bulan Jun lalu namun ini kali pertama kedua-duanya tiba di pengedar. 

*Cyclone RT2S

Menariknya, kedua-dua skuter maxi 250cc ini dikuasakan enjin 247cc DOHC yang sama dan menghasilkan 26hp pada 8,500rpm dan 24.5Nm pada 6,5000rpm. 

Kedua-dua model juga menawarkan ciri seperti ABS dual-channel dan TCS (traction control system) secara standard selain meter TFT dan TPMS (tyre pressure monitoring system).

Bagaimanapun, RT5 hadir dengan ciri yang lebih unik dan premium termasuk penghadang angin, cermin sisi dan toungkat tengah elektronik. 

*Cyclone RT5

Selain itu, tangki bahan api pada RT5 juga lebih besar dengan 18L sementara RT2S pula adalah 12.6L. 

Reka bentuk kedua-duanya juga berlainan dengan RT5 kelihatan lebih sporty dan premium dengan wheelbase yang lebih panjang sementara RT2S pula merupakan skuter bandar. 

Menurut MForce, RT5 boleh didapati dengan tiga warna pilihan, Prestige Black, Strong Grey dan Alabaster White manakal RT2S pula hadir dengan dua warna sahaja, Strong Grey dan Prestige Black. 

Google ads
Back to top button