Motosikal

RASMI: BRIXTON MOUCCA 250 DIUMUMKAN – RM12,888

Pasaran skuter retro dimeriahkan dengan pelancaran Brixton Moucca 250 oleh MForce Bike Holdings ketika perasmian MForce Best Shop KW Keat Wei Motor di Kuala Ketil, pada Sabtu. 

MForce telah pun mengumumkan harga Moucca 250 ini ketika di Malaysia Bike Show 2026 yang berlangsung Jun lalu namun skuter tersebut secara rasmi tiba di pusat pameran MForce seluruh negara. 

Bagi yang berminat, Moucca 250 ini dijual pada harga RM12,888 sahaja dan hadir dengan empat warna pilihan, Mint Green, Backstage Black, Clockwork Orange dan Enduro White. 

Menggerakkan Moucca 250 adalah enjin satu silinder 244cc yang berupaya menghasilkan 24hp pada 8,250rpm dan 24Nm pada 6,500rpm. Kuasa disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi automatik CVT. 

Meskipun bergaya retro namun Moucca 250 ini tetap menawarkan kelengkapan moden termasuk menter TFT berwarna, lampu LED penuh, ABS dual-channel dan traction control. 

Moucca 250 juga hadir dengan tangki paling besar dengan kapasiti 12L jika dibandingkan dengan pesaing lain dalam segmen skuter retro 250cc. 

Google ads
Back to top button