Artikel Pilihan

5 CABARAN UNTUK HASILKAN KERETA ELEKTRIK, TAK SEMUDAH YANG DISANGKA.

Kereta elektrik atau singkatannya EV ini agak pelik sedikit kerana ia tiada enjin dan menggunakan sistem transmisi ringkas satu tunggal sahaja dengan tork motor yang tinggi membolehkan EV bergerak dengan mudah. Mungkin pada fikiran kita sebagai pengguna biasa, mesti EV ini lagi senang untuk dihasilkan dan dibuat.

Cabaran Pertama – EV masih perlukan platform ataupun cesi, tapi enjin yang kompleks akan digantikan dengan motor elektrik serta kuasa akan datang daripada bateri yang ditanam dalam lantai cesi. Ataupun mungkin juga kita boleh beli kit motor elektrik, AC converter, sistem kawalan dan juga bateri bagi menghasilkan EV kita sendiri. Buang sahaja enjin Myvi, dan gantikan dengan motor elektrik maka terhasillah EV buatan sendiri.

Walaupun nampak senang, semua pengeluar di dunia tidak menggunakan kaedah tersebut. Sebaliknya mereka menghasilkan semula platform yang khusus bagi menggunakan trenkuasa elektrik. Malah dengan pelbagai isu global yang menjejaskan supply chain, membangunkan sendiri komponen EV dari kosong adalah satu pilihan yang bijak buat masa ini

Motor elektrik yang digunakan oleh Tesla

Cabaran Kedua – Sebenarnya elemen ataupun bahan yang digunakan untuk menghasilkan EV ialah “rare metal earth” yang bersifat magnetik dan digunakan untuk menghasilkan motor atau rotor elektrik. Disebabkan rare metal earth ini sukar didapati, Nissan terpaksa merangka kaedah sendiri dengan mengitar semula motor elektrik lama bagi menghasilkan motor elektrik baru di fasiliti pengitaran semula.

Sama juga dengan bateri, ia adalah kejuruteraan kimia yang sangat komplek. Pembangunan bateri sentiasa bergerak maju bermula dengan bateri Nickel metal Hydride, Lithium Ion dan terbaru bateri solid state yang menggabungkan logam lithium dan juga sulfida. Semua logam ini mahal dan terpaksa dikitar semula bagi mengurangkan kos pembuatan.

Masalah cip ialah masalah global

Cabaran Ketiga -EV perlukan banyak cip komputer. Sebagai contohnya Tesla, walaupun menerajui pelbagai teknologi dalam pembuatan EV namun disebabkan kegagalan mereka menghasilkan cip komputer dan bergantung pada pembekal luar telah menjejaskan operasi pengeluaran mereka. Hyundai dan BYD menyedari masalah ini dan mulai merancang untuk menghasilkan sendiri cip komputer bagi EV mereka

Brek pada Taycan S yang kompleks

Cabaran Keempat – walaupun EV menggunakan kaedah brek regeneratif bagi menukar tenaga kinetik kepada tenaga elektrik, tapi proses membrek yang dilakukan tidak lancar jika dibandingkan dengan brek kereta biasa dengan dalam sesetengah keadaan kita boleh membantu proses brek dengan menukar gear rendah. EV tiada enjin dan tiada gear, macam mana nak buat engine braking.

Heat pump pada Renault Zoe

Cabaran Kelima – walaupun EV tiada enjin yang memerlukan sistem penyejukan yang kompleks tapi EV masih perlukan sistem kawalan haba yang bagus bagi memastikan motor elektrik dan pek bateri sistem beroperasi pada suhu yang ideal. Jadi untuk beroperasi di kawasan panas, EV perlukan sistem penyejukan yang bagus manakala untuk beroperasi di kawasan sejuk EV perlukan sistem pemanasan yang sesuai untuk bateri

Kedua-dua fungsi ini boleh dibuat dengan memasang “heat pump” seperti yang dignakan oleh Renault Zoe. Bagi memastikan heat pump boleh meregulasikan suhu yang sesuai untuk motor elektrik dan bateri, maka komponen ini perlukan aliran udara yang bagus sama seperti kereta petrol yang menggunakan jeriji pada bahagian depan.

Namun pada masa yang sama rekaan jeriji depan ini mestilah sangat efisyen bagi memastikan kadar seretan yang rendah CoD (coefficient of drag). Kalau kadar seretan menjadi tinggi, kebanyakan tenaga elektrik akan terbazir ketika EV bergerak bagi mengatasi rintangan udara.

Tulisan ini diolah semula dari penulisan David Thowig, Automotive Engineering Consultant

Google ads
Back to top button