Artikel Pilihan

5 KERETA HEBAT YANG MATI TERLALU AWAL – AJAL MAUT DI TANGAN TUHAN

Ini kisah sedih tentang beberapa kereta hebat yang tidak panjang umur. Ceritanya mudah saja, syarikaty pengeluar ingin mengeluarkan sesuatu yang unik dengan memperkenalkan model tertentu. Ia akan mendapat sambutan hangat sebaik dilancarkan tetapi selepas itu pasaran tidak seperti mana yang diharapkan. Cerita seperti ini sering berlaku dan dengan sebab itulah pihak pengeluar semakin cerewet dalam memperkenalkan model-model baru. Siapa nak rugi dik oi.

Kereta yang hebat tentunya akan melibatkan kos yang tinggi ditambah pula dengan selera pembeli yang sentiasa berubah. Ia mungkin menjadi salah satu faktor kenapa setengah kereta bernasib baik dan setengahnya memang pendek umur. Ini antara kereta-kereta hebat yang pernaj menghiasi media massa dan menjadi poster bilik tidur tetapi kini telah pergi mungkin untuk selamanya.

Dodge Viper

Perhargaan harus diberikan kepada Dodge kerana masih cuba untuk menghidupkan Viper buat kali kedua dalam tahun 2013. Viper baru ini masih mengekalkan ciri asal Viper iaitu menggunakan enjin V10 dengan kotak gear enam kelajuan manual. Berbanding model asal, Viper ini adalah lebih mudah dikawal dan buat pertama kalinya ditawarkan dengan sistem stability control. Ramai peminat Viper cukup teruja bila supercar berprestasi tinggi dari AS ini kembali tetapi hasil jualannya masih tidak begitu menggalakkan.

Menjelang penghujung 2013, pengeluarannya dikurangkan kepada satu pertiga kerana kurang laku dan pada musim bunga 2014, pengeluaran sekali lagi dihentikan selama dua bulan kerana jualan yang sangat perlahan. Walaupun dengan diskaun hampir USD15,000 keadaan masih tidak berubah pengeluarannya ditamatkan menjelang tahun 2017.

Jaguar XK

Ia menandakan kebangkitan era rekaan baru Jaguar bila mula diperkenalkan pada tahun 2006 tetapi menjelang 2016, ia sudah pun pergi. Dihasilkan oleh Ian Callum, Jaguar XK membuktikan yang pengeluar dari UK itu masih mampu menghasilkan model dua-pintu berkuasa tinggi yang seksi. Ia boleh didapati dalam versi coupe dan juga convertible dan ia juga cukup besar.

Jika XK masih ada hari ini, ia akan menjadi pesaing secara langsung kepada BMW 8-Series. Memang terdapat khabar menyatakan yang Jaguar akan menghidupkan kembali model ini. tentu menarik jika ia bersaing dalam pasaran unik yang dikatakan bakal dikuasai oleh BMW dengan 8-Series mereka.

Mitsubishi Lancer Evolution

Mana boleh tulis cerita ni tanpa masukkan sekali Mitsubihi Lancer Evolution. Sebuah kereta ikonik yang ditamatkan pengeluaran oleh Mitsubishi dengan alasan yang tak masuk akal bagi kami. Ia mempunyai sejarah yang panjang bermula dari Evolution I sehinggalah ditamatkan pengeluaran dengan Evolution X. Semua model Evo dikuasakan oleh enjin 2.0-liter berkuasa turbo yang mempunyai potensi yang hebat. Bila digabungkan dengan transmisi manual, ia terus menjadi raksasa rali semulajadi.

Menariknya Evo sebenarnya mempunyai satu pesaing – Subaru WRX STI. Subaru masih lagi mengeluarkan WRX sehingga ke hari ini tetapi ia masih gagal menewaskan Evo dari segi populariti. Bayangkan bagaimana persaingan antara keduanya jika Mitsubishi menghidupkan kembali Lancer Evo.

BACA: LAGENDA NISSAN GT-R TAISAN INI DIANGGARKAN BERHARGA RM1.8 JUTA

Volkswagen Beetle

Volkswagen Beetla merupakan sebuah ikon yang sudah nyawa-nyawa ikan. Pengeluar Jerman itu baru-baru ini mendedahkan Beetle Final Edition dan ia mungkin satu petanda yang ia akan pergi selamanya. Tidak ada rancangan untuk menghasilkan pengganti kepada Beetle kerana VW kini lebih memberi perhatian kepada model-model berkuasa elektrik.

Beetle bukan lagi sebuah ‘kereta rakyat’. Dah lama pun sebenarnya, mana boleh jadi kereta rakyat bila dijual dengan harga premium. Beetle yang ada sekarang dikenali dengan nama New Beetle dan mula diperkenalkan pada tahun 1998. Ia mampu bertahan sehingga kini kerana terdapat permintaan yang tinggi untuk sebuah ikon fesyen sepertinya. Tapi keputusan VW untuk fokus kepada model berkuasa elektrik sepenuhnya mungkin akan menyebabkan Beetle dihentikan pengeluaran.

Audi R8

Audi belum mengumumkan yang ia akan menamatkan pengeluaran R8 tetapi tiada sebarang bukti yang menunjukkan R8 baru sedang dibangunkan. Malah ini disahkan sendiri oleh Ketua Pembangunan Teknikal Audi, Peter Mertens yang menyatakan tidak ada perancangan untuk menggantikan R8 dengan model baru. Mungkin pihak atasan Audi tidak lagi berminat dengan R8.

Tapi pada bulan Ogos lepas, mereka telah memperkenalkan model konsep e-Tron yang mungkin merupakan hala tuju Audi selepas ini. Sebuah supercar untuk kegunaan setiap hari seperti R8 tetapi kini berkuasa elektrik.

Honda S2000

Hanya satu model dikeluarkan dan senyap sampai ke hari ini. walaupun dikatakan ada usaha untuk memperkenalkan model baru tapi sehingga ke hujung tahun ini pun masih belum ada tanda yang penggantinya akan tiba. Ia merupakan sebuah model roadster Honda dengan enjin VTEC 2,000 cc yang cukup berkuasa. Bukan itu sahaja ia juga mempunyai kawalan yang baik dan semestinya pecutan yang mendebarkan. Kalau ada kemampuan dan peluang baik sambar cepat-cepat model ini kerana ia adalah antara roadster yang paling cantik dan segak pernah dihasilkan.

GALERI:

Kredit Carbuzz.com

Google ads
Back to top button