Artikel Pilihan

SANGGUPKAH ANDA BAYAR LEBIH RM500K UNTUK SEBUAH HONDA S2000?

Honda S2000 memang sebuah model yang istimewa. Tak banyak model yang mampu menjadi pesaingnya kerana ia boleh dikatakan cukup sempurna dan boleh diharap walaupun untuk kegunaan harian bukan macam sesetengah kereta moden. Nak beli baharu memang dah tak ada tapi ini ada sebuah dengan perbatuan hanya 1,200 kilometer.

Cuma ada dua je masalah bagi abang dik. Satu, ia berada di Amerika Syarikat tapi tak payah bimbang sebab kereta ini diimport dari Jepun, sterengnya masih berada di sebelah kanan. Satu lagi masalah ialah harga yang diletakkan ialah USD120,000 (lebih dari RM500k daa). Dah la dua pintu je, bumbung pun taka da (ayat memujuk hati).

Lebih istimewa bila kereta ini masih berada dalam keadaan standard dari kilang dengan enjin berkuasa 250 hp dan kotak gear manual enam-kelajuan. Bayangkan bila pakej enjin, kotak gear dan chasis keseluruhannya hanya seberat 1,260 kilogram sahaja. Memang lincah habis la kereta ni ditangan pemandu power macam abang. Ada ke EV yang ringan macam ni? Kalau ada pun bukan EV tu, tapi penyedut hampagas berkuasa elektrik.

Bayangkan sebuah kereta sport dari zaman ini tapi masih dalam keadaan serba standard. Mana nak dapat bai.

Memang dengan duit sebanyak itu banyak kereta lain yang kita boleh beli. Tak percaya tanyalah bani #baikbeli. Korang boleh beli Tesla tapi kena ingat Tesla sekarang dah bersepah atas jalan raya. Setahun berapa kali korang dapat tengok S2000?

Google ads
Back to top button