Buletin

HONDA S2000 DENGAN MOTOR ELEKTRIK TESLA, 500HP!

Mungkin ada di kalangan pembaca yang sudah tahu kehebatan jentera pacuan roda belakang Honda S2000 yang terkenal dengan enjin dengan putaran enjin mampu mencapai 9,000 rpm (VTEC kicked in yo!).

Atau ada sebilangan yang hanya kenal menerusi S2000 Suki Fast and Furious.

Apapun sumber anda, tidak dapat dinafikan S2000 merupakan antara kereta sports Jepun terbaik yang pernah dihasilkan oleh Honda, dan diiringi dengan harga jualan terpakai yang tidak pernah turun.

Jadi, untuk lari seketika daripada trend JDM, cuba bayangkan bagaimana jika S2000 ini dijadikan sebagai sebuah EV?

Tak usah risau, kerana Rywire Motorsport Electronics sudah pun tampil dengan contoh binaan mereka, iaitu sebuah S2000 yang dilengkapi dengan motor elektrik daripada Tesla.

Motor elektrik ini mampu menghasilkan kuasa setinggi 500 hp yang memacu roda belakang, dipadankan dengan dua pek bateri berkapasiti 38 kWh yang diperoleh daripada Chevrolet Volt dan mampu membenarkan jarak pemanduan sejauh 193 km.

Modifikasi lain yang dilakukan termasuklah menukar bampar kepada rekaan gril bawah yang menyamai model VW ID, set roda aerodinamik, tombol pemilihan gear cetakan tiga dimensi, serta paparan kluster digital baharu.

Video penuh boleh ditonton pada pautan di bawah:

Google ads
Back to top button