Buletin

MENGIMBAU MODEL KOMPANG MITSUBISHI EVO 8 RS. RIM BESI 15″, TIADA ABS, AIRCOND, RADIO

Mitsubishi Lancer Evolution ialah salah satu kereta terakhir dari edisinya. Ia memberikan pengalaman pemanduan dengan gabungan yang sempurna untuk ke mana-mana trek – aspal atau offroad, demi memenuhi kemahuan pemandunya.

Amerika Syarikat cukup bernasib baik kerana berpeluang mendapatkan tiga generasi Evo sebelum kereta itu ditamatkan pengeluarannya. Tetapi terdapat satu varian khusus yang membuktikan Mitsubishi pernah berminat untuk memberikan pelanggan peluang memiliki kereta yang murah dan laju: Mitsubishi Lancer Evolution RS yang ringan.

Rally Sport (RS) ialah varian Evo yang fokus kepada sukan permotoran. Ia ringan dan berfungsi sebagai platform yang boleh diambil oleh pengguna atau pasukan sukan permotoran dan diubah suai untuk menjadi kereta lumba yang sesuai dengan mudah.

Harus tahu bahawa pasaran AS secara teknikalnya pernah menerima varian RS untuk Evolution untuk Evo 8 di antara tahun 2004 dan 2005 dan Evo 9 buatan tahun 2006.  Walaupun banyak ciri model AS itu dibuang untuk menjadikannya lebih murah dan mampu memberi pengalaman pemanduan yang lebih analog, Jepun sebenarnya telah membuat satu keputusan bijak. Itulah Evo yang akan kita bincangkan pada hari ini.

Secara visual, Evolution 8 RS ini kelihatan hampir sama seperti Evo lain, kecuali ia dipasang dengan tayar untuk musim sejuk. Harus diakui bahawa rim besi memang cool, tetapi bagi kebanyakan orang ia jelas kelihatan sebagai sebuah model asas. Kalau bukan kerana hendal pintu dan perumah cermin sisi berwarna hitam, perbezaan itu sukar dikesan secara sepintas lalu.

RS didatangkan dari kilang dengan roda besi 15 inci dan tayar bersaiz 205/65R15. Pembeli juga boleh memilih rim GSR 17 inci berjenama Enkei. Sekali lagi, perlu ingat bahawa pelanggan ideal Mitsubishi terlibat dalam sukan permotoran, besar kemungkinan mereka akan menukar rim dan tayar tersebut.

Sebaik sahaja pemandu duduk di tempat duduk Sport standard dan bukannya Recaro pada Evolution 8 GSR yang biasanya disertakan, penjimatan kos dapat dilihat dengan serta-merta. Ciri-ciri seperti tingkap, kunci dan cermin yang dioperasikan secara manual, tiada pendingin hawa, tiada radio (ruang untuk pembesar suara ada jika pemilik mahu memasang radio) hadir sebagai kelengkapan standard.

Semua komponen yang dikeluarkan itu berfungsi untuk mengurangkan berat keseluruhan kereta. Malah tangki minyak Evo 8 RS telah dikurangkan sebanyak 5.9 liter. Varian asas RS hanya seberat 1,319 kg. Ini bermakna sebanyak 87kg peralatan telah dikeluarkan berbanding model paling tinggi GSR. Penebat bunyi yang seberat 20kg juga dibuang, sekali gus membolehkan segala bunyi boleh didengar dari dalam kereta.

Mitsubishi menawarkan RS dalam dua varian iaitu model asas SNDFZ bertransmisi lima manual kelajuan. Manakala RS dengan kod SJDFZ pula dilengkapi transmisi enam manual kelajuan dan lebih berkuasa. Untuk lebih mudah faham, kita panggil sebagai model RS 5M/T dan RS 6M/T.

Antara perbezaan ketara ualah brek Brembo yang merupakan naik taraf pada RS 5M/T, tetapi standard pada RS 6M/T. Roda Enkei 17-inci dipasang sebagai ciri standard untuk RS 6M/T, selain cagak cross member di hadapan.

Kedua-dua jentera berkenaan dipasang dengan Active Center Differential sebagai ciri standard. Namun, sistem Active Yaw Control yang mengawal vektor tork di antara roda belakang menjadi komponen opsyen pada kedua-dua trim, bersama-sama dengan sistem brek ABS.

Mitsubishi memberitahu bahawa model RS 5M/T dibina dari kilang untuk kegunaan rali. Sementara model RS 6M/T pula lebih kepada kegunaan di litar. Berdasarkan kepada maklumat daripada Mitsubishi, model RS ialah sebuah jentera yang bergantung pada kemajiran pemandu dan bukannya elektronik.

Pada tahun 2004, Mitsubishi menawarkan RS pada harga sekitar AS$25,000 (RM111,00) sahaja. Hari ini, harganya sudah jauh lebih mahal.

Apa yang pasti, Mitsubishi tidak model asas ini dalam jumlah yang besar. Daripada 6,000 unit Lancer Evolution 8, Mitsubishi tidak dapat mengesahkan angka pengeluaran RS yang tepat, tetapi maklumat terkini menyatakan sekitar 332 unit RS untuk pasaran Jepun itu telah dibina.

Konsep menawarkan model kompang begini bukanlah baru. Percaya atau tidak, ia sebenarnya tidak akan berhenti, sekurang-kurangnya di Jepun.

Mitsubishi tidak lagi menjual Lancer Evolution, tetapi Toyota adalah contoh yang baik tentang bagaimana konsep ini masih hidup. Lihat sahaja kepada model asas Toyota GR86 2022 yang hanya dipasang rim besi, sistem audio pun cuma ada dua unit pembesar suara.

Google ads
Back to top button