Buletin

5,280 UNIT INSPIRA DIPANGGIL SEMULA

Berikutan pengumumkan yang dibuat oleh pihak Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) pada 6 Januari lalu, Proton akan melaksanakan satu kempen memanggil semula model Inspira keluarannya.

proton-inspira-mekanika (3)

Kempen yang melibatkan kira-kira 5,280 unit Insipira itu akan memeriksa serta membaiki tali sawat V dan brake booster secara percuma.

Proton dalam satu kenyataan memberitahu, drive belt pulley yang dipasang pada model CBU Mitsubishi yang dikilangkan di antara September 2010 hingg Mei 2011 mungkin mengalami kehausan lebih awal. Ia boleh menyebabkan masalah bateri kehabisan kuasa dan enjin panas. Sistem stereng juga boleh terjejas.

proton-inspira-mekanika (1)

Justeru, para pemilik Inspira yang dikilangkan dalam tempoh tersebut digesa menghubungi mana-mana pusat servis Proton untuk membuat temu janji.

Maklumat lanjut, sila hubungi talian 1800 888 398 atau emel ke: [email protected] 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button