Buletin

58 PELATIH TERIMA SIJIL IBT VW

Volkswagen Malaysia mengumumkan bahawa seramai 58 orang perunding jualannya telah menerima sijil Latihan Asas Antarabangsa (IBT).

Volkswagen-IBT-2015-mekanika (4)

Sudah memasuki tahun ketiga, IBT melibatkan latihan di dalam bilik darjah selama 15 hari yang direka untuk meningkatkan kecekapan dari segi jualan. Di samping melengkapkan mereka dengan pengetahuan mengenai jenama, sejarah dan teknologi Volkswagen.

Selepas tamat latihan, para pelatih kemudian diuji dalam tiga bidang tersebut yang bukan sahaja melibatkan ujian bertulis, malah analisis video dan main peranan. Pemarkahan dibuat oleh panel juri yang terdiri daripada pengurus serantau dan pengurus jualan pengedaran.

Volkswagen-IBT-2015-mekanika (1)

“Di Volkswagen, kami fokus terhadap aspek latihan dan pembangunan untuk menyediakan peluang  kerjaya yang lebih baik kepada semua kakitangan.

” Kami mula memperkenalkan persijilan IBT pada tahun 2013 untuk meningkatkan lagi pengetahuan pasukan perunding jualan kami. Kami yakin dengan ilmu yang dimiliki, mereka boleh memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan,” kata Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller.

Volkswagen-IBT-2015-mekanika (5)

Kumpulan ini menyertai 85 orang lagi perunding jualan yang telah menerima persijilan IBT di seluruh negara.

Para perunding ini telah dilatih dan dinilai oleh satu panel penilai berpengalaman daripada Jabatan Latihan Jualan Volkswagen dan pengurus jualan pengedaran.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button