Motosikal

SHELL ADVANCE ULTRA EDISI TERHAD

Shell Advance baru-baru ini telah melancarkan Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus dalam pek edisi terhad, sempena Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2015.

Shell-Advance- Ultra-Limited- Edition-mekanika (1)

Pek edisi terhad itu boleh didapati dua rekaan berbeza. Shell Advance Ultra 10W-40 memaparkan barisan penunggang Piala Bakat Asia Shell Advance Malaysia dan penunggang Moto3 Malaysia Zulfahmi Khairuddin. Sementara 15W-50 menampilkan pasukan MotoGP™  Ducati Corse.

Harga bagi kedua-dua minyak enjin motosikal sintetik penuh ini ialah RM68.30 untuk pek satu liter.

Shell-Advance- Ultra-Limited- Edition-mekanika (2)

“Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus merupakan satu-satunya minyak enjin motosikal di pasaran yang diperbuat daripada gas asli.  Hasil penglibatan kami dalam sukan bermotor sejak sekian lama, ia membolehkan kami memindahkan teknologi canggih yang dibangunkan untuk perlumbaan litar kepada produk untuk kegunaan setiap hari di jalan raya,” kata Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd.,  Azman Ismail.

Kerjasama Teknikal Shell dengan Ducati bermula pada 1999 menerusi World Superbike Championship, sebelum diperluaskan kepada kejuaraan MotoGP™ pada 2003.  Pada tahun 2014, Shell Advance menandatangani perjanjian tiga tahun untuk menjadi penaja nama Piala Bakat Asia.

Shell-Advance- Ultra-Limited- Edition-mekanika (3)

Shell juga telah membaharui tajaan untuk Grand Prix Motosikal Malaysia selepas mencapai persetujuan dengan Dorna Sports, pemegang hak MotoGP™. Shell akan menyokong Kejohanan Dunia MotoGP™ FIM dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebagai penganjur Grand Prix Motosikal Malaysia bagi musim 2015 dan 2016.

“Kami berbangga dengan lima pemuda Malaysia – Adam Norrodin, Azroy Anuar, Fakhrusy Rostam, Helmi Azman dan Shafiq Rasol yang terpilih untuk bertanding dalam SAATC musim ini.

Shell-Advance- Ultra-Limited- Edition-mekanika (5)

“Kami harap pek baru Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus yang memaparkan gambar mereka akan memberi lebih pendedahan dan menarik lebih banyak sokongan daripada rakyat Malaysia,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai produk dan promosi terbaru Shell Advance, sila layari www.shell.com.my/advancerace.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button