,
Buletin

6 FAKTA MENARIK TENTANG LITAR VIOS CHALLENGE DI BANDAR MALAYSIA

Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival, karnival dua hari yang mengumpulkan pelbagai aktiviti sukan motor kini kembali untuk pusingan kedua di Bandar Malaysia.

Selepas membuka tirai di Kuala Terengganu dua bulan lepas, kini TGR kembali ke wilayah tengah, buat pertama kalinya ia diadakan di bekas tapak lapangan terbang lama di Sungai Besi yang kini dikenali sebagai Bandar Malaysia.

Seperti mana-mana pusingan di Terengganu, Batu Kawan, MAEPS Serdang dan Johor Bahru,  liter TGR adalah litar khusus yang dibina secara one-off di kawasan terbuka.

Berikut adalah fakta menarik tentang litar TGR kali ini;

  1. Terdapat 10 selekoh
  2. Panjang keseluruhan litar – 1.96km
  3. Laluan lurus paling panjang – 600 meter
  4. Laluan lurus – 2
  5. Kelajuan maksimum 140km/j  – 150km/j
  6. permukaan : tarmac & konkrit

Setiap pelumba mempunyai pandangan berbeza tentang perlumbaan di sini.

“Litar ini litar yang sangat pantas, bagus dan saya saya suka. Tapi ia tentang bagaimana anda berada di kedudukan perlumbaan. Kalau terlalu agresif, buat silap dan anda dapat balasannya. Saya nampak ada lebih kurang lapan kereta pada hari ujian. Secara peribadi, saya lebih suka perlumbaan litar basah sebab bila litar lembab, semua orang lebih berhati-hati. Dalam keadaan litar kering, semua jadi agresif, dan bila terlalu agresif ada risiko untuk buat kesilapan” – Sutan Mustaffa, Sporting Class

Ia litar yang menarik dan ada banyak laluan lurus. Ada beberapa selekoh sempit yang memerlukan aspek teknikal. Bandar Malaysia sudah tentu litar paling pantas untuk Toyota Vios Challenge. Dan walaupun ini menarik, ia menyebabkan anda brek lewat atau buat kesilapan dan ia memang berbahaya jika silap,”– Hayden Haikal, Sporting Class

“Trek ini sangat lebar. Saya cuba banyak benda baru pada talaan kereta. INi juga kali pertama kereta dapat memecut laju berikutan dua laluan lurus dan boleh gunakan gear empat. Kereta lebih stabil di sini tapi tahap cengkaman sukar diduga berikutan pertukaran permukaan dari tar kepada konkrit. Terlalu banyak benda yang perlu diperhatikan pada litar ini. Di selekoh sempit, hanya satu kereta sahaja boleh muat, kena berhati-hati kerana lepas sahaja selekoh ini ada pusingan U yang sebelah kanan,” – – Kenneth Koh, Sporting Class

Ini adalah litar laju dan paling mencabar untuk Vios Challenge. Ia juga licin dan saya beberapa kali hilang kawalan. Adalah penting untuk kereta ditala sebaiknya,”Boy Wong, Super Sporting Class

Trek Bandar Malaysia macam litar mini Singapore F1 GP kerana ia panjang, berselekoh, laluan lurus, lebar dan bersih. Tiada litar yang lebih “bersih” berbanding mana-mana pusingan Vios Challenge yang lain. saya lebih suka di sini kerana ada kelajuan dan boleh guna gear empat,”– Brendan Paul Anthony, Super Sporting Class

 

Google ads
Back to top button