Artikel PilihanBuletin

88% KERETA HILANG YANG DIJUMPAI DICURI TANPA KUNCI PUN

Teknologi kunci dan penghidup kereta sekarang memang canggih. Dengan kunci yang disimpan dalam poket seluar pun pemandu boleh masuk dan menghidupkan enjin.

Teknologi tersebut dipanggil sebagai keyless entry yang digabungkan bersama push start button.

Walaupun canggih, ini tidak bermakna kenderaan kalis curi. Kajian terbaru yang dibuat oleh Which?[1] mendapati empat daripada lima model terlaris di United Kingdom terdedah kepada kecurian tanpa kunci.

TRACKER, syarikat yang menawarkan khidmat pengesanan kenderaan pula memaklumkan 88 peratus daripada kereta hilang yang dijumpai semula pada 2018 dicuri tanpa menggunakan kunci pemilik langsung.

Jumlah yang merisaukan.

Satu lagi data dari Kementerian Dalam Negeri UK menunjukkan 50 peratus[2] kenderaan hilang yang dilaporkan tidak ditemui semula.

Menurut Ketua Perhubungan Polis di TRACKER, Clive Wain, setiap tahun kes kecurian tanpa kunci semakin meningkat.

Tahun 2017 sebanyak 80 peratus manakala tahun 2016 pula sebanyak 66 peratus.

Jadi apa yang perlu dibuat?

Clive Wain menasihatkan supaya tahap keselamatan kenderaan dibuat beberapa peringkat dan jangan bergantung kepada sistem keselamatan tanpa kunci sahaja.

Kaedah keselamatan konvensional seperti kunci stereng atau pedal boleh digunakan.

Namun jika berlaku kecurian, teknologi pengesanan kenderaan dapat membantu.

Timbul pula satu keraguan, kereta yang ada teknologi pengesanan pun boleh jam guna peranti ketiga?

Set pengesanan TRACKER mampu untuk mengesan kenderaan walaupun ia disorok dalam garaj atau kontena.

Ia menggunakan gabungan teknologi isyarat GSM, VHF dan GPS dan tidak boleh diganggu dengan GPS atau GSM jammer.

Kira hebat juga, namun mengikut bacaan kami syarikat TRACKER tidak mempunyai wakil di negara kita.

Jika ada yang berminat boleh mendapatkan teknologi pengesanan yang kalis jammer dan mempunyai gabungan teknologi isyarat seperti yang disebutkan sebelum ini.

BACA: 4 TAN BUAH OREN DICURI, DISUMBAT PENUH SAMPAI KE BUMBUNG KERETA

BACA: LELAKI CURI TESLA MODEL 3 GUNA APLIKASI TELEFON PINTAR – BERJAYA DITANGKAP KERANA CAKAP BESAR

Google ads
Back to top button