Artikel Pilihan

FERRARI CURI DISELAMATKAN OLEH AIRPOD BERNILAI USD129 – BANGGA LA PEMILIK PRODUK APPLE

Waterbury Police Department baharu saja umumkan kejayaan mereka menemui kembali sebuah Ferrari 812 GTS yang dicuri berhampiran Greenwich. Menariknya dalam laporan tersebut menyatakan yang mereka berjaya menemui kembali supercar tersebut dengan bantuan sepasang Airpod Apple yang berada di dalam supercar tersebut.

Rupa-rupanya pemilik Ferrari tersebut telah meninggalkan Airpod miliknya di dalam kereta semasa ia dicuri pada 16 September. Laporan polis segera dibuat dan mereka menggunakan aplikasi Apple’s Find My untuk mengesan Airpod tersebut bersama-sama dengan Ferrari tersebut tentunya.

Pasukan Auto Theft Task Force berjaya menemui kereta tersebut di sebuah stesen minyak dan berjaya menghentikannya. Pemandu berjaya melarikan diri tapi kemudian berjaya dikenali sebagai Dion Schotten, 22 tahun. Macam mana identiti beliau berjaya diperolehi? Sebab beliau tertinggal iPhone juga di dalam Ferrari terbabit. Ironik sungguh.

Waran tangkap dikeluarkan ke atas Schotten dan beliau berdepan dengan tuduhan curi kereta.

Sungguhpun berjaya melarikan diri, Schotten berjaya dikesan sepuluh hari kemudian selepas polis Waterbury menahan dua orang saspek kes curi kereta. Kali ni sebuah Acura TLX 2023 yang dicuri di New York. Salah seorang saspek itu rupanya Schotten sendiri dan beliau dikenakan pertuduhan tambahan juga sebab curi kereta.

Laku keras silap-silap Airpod lepas ni. Eh, bukan ini keluaran Yahoodie ke? Oh lupa, boikot ni untuk barang makan je kan? Peace yo.

Google ads
"
"
Back to top button